Khamis, 23 Jun 2016 | 5:54pm

MB Kedah keluar hospital


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown, hari ini, selepas menjalani pembedahan kecil akibat komplikasi usus pada 7 Jun lalu. - Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini, selepas menjalani pembedahan kecil akibat komplikasi usus pada 7 Jun lalu.

Ahmad Bashah yang dilihat keluar dari Wad ICU kira-kira jam 4.30 petang tadi, sempat melambai kepada wakil media yang menunggu di pekarangan HPP sejak tengah hari tadi.

"Saya akan berehat dahulu seminggu," katanya ringkas ketika ditanya media sebelum meninggalkan HPP menaiki kenderaan rasminya.

Sebelum ini, beliau dilapor menjalani pembedahan kecil pada bahagian usus sejurus dipindahkan ke HPP pada 6 Jun lalu.

Ahmad Bashah dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar selepas pitam dan mengadu tidak selesa lewat petang 4 Jun lalu, sebelum dipindahkan ke HPP selepas disahkan mengalami komplikasi usus.

Berita Harian X