Ahad, 5 Jun 2016 | 12:32am

Marquez sambar petak utama GP Catalunya


PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez menunjukkan pelekat 'LS-39' pada helmetnya tanda memperingati pelumba SAG Moto2, Luis Salom ketika meraikan kejayaannya meraih petak utama Grand Prix (GP) Catalunya. - Foto AFP

BARCELONA: Marc Marquez mula membayangkan mahkota kejuaraan dunia MotoGP ketika meraih petak utama Grand Prix (GP) Catalunya, di sini, sebentar tadi.

Catatan 1 jam 43.589 saat nyata lebih baik berbanding rakan senegaranya, Jorge Lorenzo yang merakam masa kedua terpantas.

Ketika ini, Lorenzo mengumpul 115 mata, iaitu kelebihan 10 mata berbanding Marquez di tempat kedua keseluruhan musim ini.

Turut serta dua pelumba itu di barisan depan adalah rakan sepasukan Marquez, Dani Pedrosa.

Ini adalah petak utama yang ke 61 sepanjang karier Marquez, juga yang ke-33 dalam saingan utama dan kejayaan itu hadir hanya 48 jam selepas melanjutkan kontrak dua tahun lagi untuk kekal bersama pasukan Repsol Honda.

Marquez, 23, pernah muncul juara kategori 125cc pada 2010, Moto2 (2012) dan memastikan kejuaraan pertama dalam saingan MotoGP pada musim pertamanya pada 2013. - AFP

Keputusan kelayakan

1. Marc Marquez (ESP/Honda) 1:43.589

2. Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) +0.467

3. Dani Pedrosa (ESP/Honda) +0.718

4. Hector Barbera (ESP/Ducati Avintia) +0.733

5. Valentino Rossi (ITA/Yamaha) +0.735

6. Maverick Vinales (ESP/Suzuki) +0.740

7. Cal Crutchlow (GBR/Honda LCR) +0.777

8. Andrea Iannone (ITA/Ducati) +0.869

9. Danilo Petrucci (ITA/Ducati Pramac) +1.322

10. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) +1.440

Berita Harian X