Khamis, 6 November 2014 | 2:22pm

Saham KL bercampur-campur pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi pagi 3.34 mata lebih rendah pada 1,835.95, dengan minat belian berselang dengan pengambilan untung dalam kaunter berkaitan indeks.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 344 berbanding 325, manakala 310 kaunter tidak berubah, 668 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.17 bilion saham bernilai RM1.07 bilion.

Indeks petunjuk pasaran utama tinggi pada jam pertama selepas pembukaan. Ia kemudian negatif berikutan pengambilan untung dalam saham mewah terpilih. Ia bergerak antara 1,844.44 dan 1,834.75 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ekuiti Asia turut bercampur-campur kepada rendah walaupun kenaikan semalaman Wall Street. Petunjuk pasaran saham AS, Dow Jones Industrial Average, meningkat 100.69 mata kepada paras tertinggi 17,484.53 berikutan kemenangan Republican dalam pilihan raya AS.

Di Asia, Nikkei 225 Jepun turun 0.62 peratus kepada 16,832.56, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan menokok 0.02 peratus kepada 1,931.87, Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai susut 0.52 peratus kepada 2,406.77 dan Hang Seng Hong Kong merosot 0.12 peratus kepada 23,666.40.

Indeks FBM Emas susut 19.45 mata kepada 12,748.11, Indeks FBMT100 turun 20.51 mata kepada 12,389.92 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 34.26 mata kepada 13,218.17.

Daripada saham wajaran tinggi, Petronas Gas mengetuai senarai kaunter untung dengan kenaikan 28 sen kepada RM22.08, manakala kaunter paling rugi Tenaga Nasional susut 40 sen kepada RM13.06. Penerbangan Malaysia (MAS), yang tidak berubah pada 26 sen, mengetuai senarai saham cergas, dengan 94.55 juta unit diniagakan. PDZ Holdings dan Asia Bioenergy Warrant (A), masing-masing meningkat setengah sen kepada 26.5 sen dan 7 sen. - BERNAMA

Berita Harian X