Ahad, 29 Mei 2016 | 12:42am
Harga barangan basah yang menggunakan timbangan berat kilogram.
Kerang dijual dengan harga RM9 sekilo tetapi di sekitar bandar raya RM14 sekilogram
Harga barangan basah yang menggunakan timbangan berat kilogram.
Harga barangan basah yang menggunakan timbangan berat kilogram.
Penggunaan tanda harga dengan ukuran berat 100 gram bagi ikan.

Harga makanan laut terlalu tinggi di pasar raya



Kuala Lumpur : Sesetengah pasar raya besar didapati menjual makanan laut segar pada harga yang terlalu tinggi berbanding di pasar biasa.

Tinjauan BH berikutan aduan orang ramai di beberapa pasar raya mendapati perbezaan besar pada harga setiap makanan laut itu seperti ikan, udang dan sotong, yang dijual di situ dan pasar biasa.

Sama ada pengguna sedar atau tidak, pasar raya pula meletakkan tanda harga bagi timbangan setiap 100 gram bahan itu, bukan satu kilogram seperti di pasar biasa.

Pengguna yang tidak mengira atau keliru akan terpaksa membayar mahal sebenarnya bagi setiap kilogram berbanding yang dijual di pasar biasa.

Di satu pasar raya besar, harga ikan merah yang siap dipotong misalnya diletakkan pada harga RM5.39 bagi 100 gram yang bermakna sekilogram ialah RM53.90 berbanding di pasar biasa RM36 sekilogram.


Tanda harga yang menggunakan ukuran berat timbangan setiap 100 gram. - Foto Sairien Nafis

Tanda harga yang menggunakan ukuran berat timbangan setiap 100 gram. - Foto Sairien Nafis

Tinjauan juga mendapati ada pengguna yang membatalkan hasrat membeli setelah ikan ditimbang dan ditampal label harga sebenar.

Ketua Biro Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi, berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan walaupun perbuatan itu mungkin tidak menyalahi undang-undang.

Katanya, ia secara tidak langsung menunjukkan tindakan itu mungkin bagi menyembunyikan kenaikan harga.

"Pamer harga bagi 100 gram, iaitu satu per 10 daripada satu kilogram, sepintas lalu pengguna menyangka harga murah kerana harga ditulis besar berbanding unit.


Tinjauan harga ikan di Pasar Besar Jalan Othman. - Foto Sairien Nafis

Tinjauan harga ikan di Pasar Besar Jalan Othman. - Foto Sairien Nafis

"Tetapi bagi 100 gram pula ditulis kecil atau tersorok, tidak mustahil pada masa akan datang harga ikan dikira mengikut 10 gram pula.

"Barang keperluan harian bukan emas atau perak yang boleh dijual dalam gram, standard mesti dalam kilogram, bukan dalam kati atau paun," katanya kepada BH.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Roslan Mahayudin, berkata peniaga yang mempamerkan tanda harga yang mengelirukan pengguna adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011.

"Ini kerana perbuatan itu memberikan petunjuk palsu atau yang mengelirukan mengenai harga barang," katanya kepada BH.

INFO
Talian Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1800-886-800 /03-88826445 atau melalui e-aduan KPDNKK dan aplikasi mudah alih EZ ADU KPDNKK

Berita Harian X