Jumaat, 27 Mei 2016 | 12:03am

Pulihkan keintiman

SAYA berusia 43 tahun, sejak kebelakangan ini rasa kurang rangsangan ketika mengadakan hubungan intim. Apakah cara untuk mengatasinya.

Khadijah Hussin
Kajang, Selangor

PROSES melahirkan anak dan penuaan akan menyebabkan otot faraj wanita semakin lemah dan longgar serta akan menurunkan kepuasan ketika menjalin hubungan seksual.

Faktor lain seperti daya graviti, menopaus, merokok dan obesiti adalah penyebab otot faraj yang kendur.

Hal ini akan menyebabkan anda rasa malu dan tertekan jika hendak mengadakan hubungan intim. Masalah lain yang dihadapi ialah lemah kawalan kencing iaitu seseorang itu tidak boleh mengawal pengeluaran air kencing.

Wanita yang menghadapi kekeringan faraj juga mengalami kehilangan minat dalam menjalinkan hubungan seksual. Kulit faraj akan kehilangan ketegangan dan proses berhubungan akan menjadi amat sakit.

Kini, lebih ramai wanita pilih untuk menguatkan faraj dengan kaedah seperti operasi faraj, ubat-ubatan krim, rawatan laser dan latihan dasar pinggul (latihan kegel).

Di bawah antara yang anda boleh lakukan untuk memastikan prestasi dalam hubungan intim lebih selesa.

1) Ubat-ubatan Krim

Krim seperti PK24 Night adalah diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai fungsi melembapkan dan anti-oksidasi. Jika digunakan pada bahagian faraj sebanyak dua kali sehari boleh merapatkan faraj. Kebaikan krim ini ialah :

* Meningkatkan kepuasan semasa menjalani hubungan seksual

* Menguatkan rangsangan faraj

* Lebih kos efektif

* Senang untuk digunakan

* Kesan yang berpanjangan

2) Latihan kegel

Latihan ini adalah amat popular untuk mengetatkan otot faraj. Wanita dicadangkan untuk membuat latihan selepas proses melahirkan anak dan sebelum menopaus untuk menetapkan otot dasar pinggul.

Latihan ini adalah amat senang. Anda perlu menguat dan menegangkan otot dasar pinggul yang digunakan semasa menahan kencing sebanyak lima hingga lapan saat dan melepaskannya untuk empat hingga lima kali. Ulangi prosedur ini sebanyak tiga kali sehari.

3) Rawatan laser

Rawatan yang terbaharu iaitu laser 'petit lady' menggunakan mesin yang canggih dan tidak membabitkan penggunaan jarum hingga mengakibatkan pendarahan. Rawatan ini hanya memerlukan 15 minit dan pesakit boleh kembali ke aktiviti harian mereka selepas melakukan prosedur itu.

Selain itu, rawatan ini juga mengetatkan otot pundi kencing dan memutihkan luaran faraj. Melalui rawatan petit lady, saraf sensitif pada faraj dengan sedikit sentuhan meningkatkan rangsangan.

4) Pembedahan menguatkan faraj (Vaginoplasty)

Pembedahan ini akan membaiki kulit dan otot faraj yang longgar. Bius seluruh badan adalah diperlukan dalam pembedahan ini dan memerlukan semalaman di hospital. Masa pemulihan biasanya adalah enam hingga lapan minggu mengikut keadaan anda.

Pembedahan ini ada risikonya seperti pendarahan, jangkitan kuman, alahan dan kehilangan kepekaan faraj.

Kemaluan salah satu organ tubuh yang sangat penting bagi wanita dan keharmonian keluarga.

Berita Harian X