Isnin, 16 Mei 2016 | 4:24pm
SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Sepatutnya Muhyiddin, Mukhriz sudah lama dipecat - Ku Nan

DATUK Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya sudah lama disingkirkan daripada UMNO, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya kerana keputusan untuk memecat bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Kedah itu adalah pada kuasa Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

"Pada pandangan saya, mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) sepatutnya sudah lama dipecat.

"Lembaga disiplin parti menyerahkan kepada MT untuk memutuskan tindakan terhadap Muhyiddin dan Mukhriz, kertas siasatan sudah diberikan kepada kami dan akan diserahkan kepada MT.

"Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak pernah berdiri atas satu pentas bersama pembangkang, jadi masih boleh dipertimbangkan tapi mereka berdua (Muhyiddin dan Mukhriz) sudah bersama-sama dengan pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Berita Harian X