Isnin, 9 Mei 2016 | 10:56pm

Nigeria didenda akibat masalah kesesakan penonton


KESATUAN Bola Sepak Afrika (CAF)

ABUJA: Badan induk bola sepak Afrika hari ini mendenda Nigeria $5,000 (RM20,176) kerana masalah kesesakan penonton dan kurang aspek keselamatan ketika kelayakan Piala Negara Afrika 2017 berdepan Mesir.

Kesatuan Bola Sepak Afrika (CAF) mengenakan denda berkenaan pada mesyuarat jawatankuasa disiplin di Johannesburg, Afrika Selatan sambil menegaskan "penggantungan akan dikenakan" jika ia berulang.

Lebih daripada 40,000 penonton bersesak dalam stadium berkapasiti 15,000 tempat duduk di Stadium Ahmadu Bello di bandar utara Kaduna pada 29 Mac untuk menyaksikan perlawanan itu yang berakhir 1-1.

Penyokong memanjat tempat yang masih kosong termasuk perancah lampu limpah sementara yang lain ditahan daripada termasuk ke padang oleh polis berkuda. - AFP

Berita Harian X