Sabtu, 7 Mei 2016 | 12:13am
PEMANDANGAN pokok kayu bakau kelihatan tidak terusik dari luar ketika menyusuri Sungai Selinsing.- Foto Yahya Zainuddin
PEMANDANGAN pokok kayu bakau kelihatan tidak terusik dari luar ketika menyusuri Sungai Selinsing.- Foto Yahya Zainuddin
KAWASAN udang projek akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Sungai Kelompang.- Foto Yahya Zainuddin
KAWASAN udang projek akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Sungai Kelompang.- Foto Yahya Zainuddin
AZMAN Che Ain (kanan) dan Othman Sharif, melihat Projek udang akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Sungai Kelompang.- Foto Yahya Zainuddin
AZMAN Che Ain (kanan) dan Othman Sharif, melihat Projek udang akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Sungai Kelompang.- Foto Yahya Zainuddin
KAWASAN projek udang akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Sungai Kelompang.- Foto Yahya Zainuddin
KAWASAN projek udang akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Sungai Kelompang.- Foto Yahya Zainuddin
KETUA Pemuda UMNO Cawangan Sungai Baru, Azman Che Ain.- Foto Yahya Zainuddin
KETUA Pemuda UMNO Cawangan Sungai Baru, Azman Che Ain.- Foto Yahya Zainuddin

6 dron pantau bakau Perak

Ipoh: Jabatan Perhutanan Perak (JPP) membeli enam dron bernilai hampir RM60,000 untuk operasi memantau pencerobohan hutan, termasuk kawasan bakau negeri ini, bagi memudahkan tindakan pembanterasan.

Pengarahnya, Datuk Roslan Ariffin, berkata jabatan itu sudah membuat beberapa percubaan pengendalian dron di lapangan.

"Kita sedang menguji penggunaannya termasuk di kawasan daratan berdekatan paya bakau pesisir laut. Penggunaan dron diharap memudahkan kita memantau dan mengambil tindakan terhadap pesalah hutan," katanya kepada BH di sini semalam.

Roslan mengakui proses pemantauan menggunakan dron sepenuhnya, mengambil masa kerana pegawai yang ditugaskan, perlu mahir mengendalikan peralatan terbabit.

"Penggunaan dron di kawasan hutan bakau khususnya di Hutan Paya Laut Matang memerlukan kemahiran bagi mengelak kemungkinan alat itu jatuh ke dalam sungai atau laut," katanya.

PEGAWAI Jabatan Perhutanan Perak sedang mempelajari kaedah pengendalian dron yang dibeli untuk tujuan pemantauan kegiatan pencerobohan hutan termasuk kawasan bakau di negeri itu. - Foto ihsan Jabatan Perhutanan Perak

POKOK bakau kelihatan tidak terusik ketika menyusuri Sungai Selinsing.- Foto Yahya Zainuddin
POKOK bakau kelihatan tidak terusik ketika menyusuri Sungai Selinsing.- Foto Yahya Zainuddin

Sementara itu, nelayan dan penduduk sekitar Kampung Sungai Baru, Selinsing dekat Bagan Serai, mendakwa kawasan Hutan Simpan Sungai Baharu dan sekitarnya yang diceroboh warga asing untuk mencuri kayu bakau sebenarnya lebih luas.

Ketua Komuniti Perikanan Kawasan Mukim Selinsing yang juga nelayan dan penduduk Kampung Sungai Baru, Othman Sharif, 52, mendakwa empat lokasi dikesan mengalami pencerobohan itu dan ditunjukkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Perak (JPP) hanya meliputi sebahagian kawasan berdepan masalah terbabit.

"Sebenarnya banyak lagi lokasi diceroboh. Walaupun pada skala kecil tetapi jika digabung, ia akan menunjukkan kawasan diceroboh sebenarnya luas dan bakau yang ditebang secara haram juga banyak.

"Kegiatan seperti ini menyebabkan ada kawasan bakau nampak cantik menghijau dilihat dari bot melalui kawasan sungai dan muara namun apabila masuk ke dalam pokok bakau sudah malah ada 'ditebang padang' (curi habis).

"Alur sungai yang banyak dan kawasan terselindung menyebabkan kegiatan itu sukar dikesan," katanya ketika membawa wartawan BH meninjau beberapa kawasan bakau yang terjejas.

KETUA Komuniti Perikanan Kawasan Mukim Selinsing, Othman Sharif, 52. - Foto Yahya Zainuddin
KETUA Komuniti Perikanan Kawasan Mukim Selinsing, Othman Sharif, 52. - Foto Yahya Zainuddin

KETUA Pemuda UMNO Cawangan Sungai Baru, Azman Che Ain, melihat kawasan pokok bakau yang diteroka secara haram di Sungai Selinsing.- Foto Yahya Zainuddin
KETUA Pemuda UMNO Cawangan Sungai Baru, Azman Che Ain, melihat kawasan pokok bakau yang diteroka secara haram di Sungai Selinsing.- Foto Yahya Zainuddin

Othman mendakwa, warga asing dihantar dengan bot ke lokasi sasaran yang terselindung sebelum melakukan kerja haram itu dan mengumpulkan sebanyak mungkin bakau yang ditebang di 'catiam' atau tempat longgokan sebelum diangkut dengan bot kecil menuju bot lebih besar atau tongkang untuk dijual.

Beliau berkata, penduduk mengesyaki ada bakau curi dicampurkan dengan bakau yang ditebang dalam kawasan berlesen ketika diangkut dengan bot atau tongkang, yang menyukarkan ia dikesan pihak berkuasa.

Nelayan yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Baru, Azman Che Ain, 40, mendakwa sebelum ini ada pencuri bakau mempergunakan nama projek akuakultur di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi melindungi kegiatan mereka.

"Ada bakau haram yang dibawa keluar, dikatakan dibawa dari kawasan ternakan udang di bawah NCIA, jadi ada yang 'tak makan saman' (terlepas daripada tindakan)," katanya.

PENGARAH Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Roslan Ariffin, menunjukkan lokasi Hutan Simpan Sungai Baharu, yang diceroboh. - Foto Yahya Zainuddin
PENGARAH Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Roslan Ariffin, menunjukkan lokasi Hutan Simpan Sungai Baharu, yang diceroboh. - Foto Yahya Zainuddin

Beliau berkata, alasan itu tidak boleh diterima kerana projek ternakan udang berkenaan sudah lama dijalankan dan kawasan dari kawasan ternakan itu hanya mempunyai sisa bakau lama.

INFO:

- 1 juta hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) di seluruh Perak

- 40,288 hektar keluasan Hutan Paya Laut Matang (HPLM)

Cabaran penguatkuasaan dan pemantauan:

- 80 pegawai perhutanan menjaga HPLM

- 1 pegawai : 503 hektar kawasan bakau (nisbah antara pegawai/keluasan HLPM).

Berita Harian X