Jumaat, 29 April 2016 | 12:00am

Digitorial: Hotlink perkenal pelan '8GB sebulan seumur hidup' percuma

BERIKUTAN pengumuman Maxis baru-baru ini berkenaan dengan pelan MaxisONE yang dinaiktaraf bagi pelanggan pascabayar, Hotlink kini memberi tawaran yang turut menarik bagi pengguna prabayar yang semakin menggemari internet.

Pelan prabayar Hotlink FAST kini memberi pelanggannya 2GB internet 4G PERCUMA setiap hujung minggu SEUMUR HIDUP. Ini bersamaan dengan 8GB sebulan bagi penstriman, pelayaran dan perkongsian tanpa henti pada hujung minggu. Tiada perbelanjaan minimum atau tambah nilai minima yang diperlukan. Apa yang mereka perlu lakukan adalah hanya memastikan akaun mereka aktif.

Para pengguna semasa Hotlink FAST secara automatik akan dinaiktaraf dengan ciri baru ini. Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna prabayar untuk mula mencuba rangkaian 4G terunggul Hotlink, Hotlink akan menawarkan ciri '8GB PERCUMA setiap bulan pada hujung minggu' secara tetap "SEUMUR HIDUP" bagi mana-mana pelanggan yang melanggan Hotlink FAST baharu.

Untuk internet bukan hujung minggu, kedua-dua pengguna 3G dan 4G boleh menikmati tawaran internet PANTAS yang hebat seperti 5GB untuk RM48 sebulan, dan pas prabayar harian yang paling mampu dimiliki pada harga RM3 untuk 1GB. Dan bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa WhatsApp, LINE, WeChat atau FB Messenger, ada juga Chat Sosial Percuma, 24 jam sehari, setiap hari.

Pengguna prabayar 3G dan 4G kami amat menggemari internet dan mereka inginkan lebih banyak data untuk semua penstriman, pelayaran dan perkongsian mereka di media sosial.

"Itulah sebabnya kami sentiasa menawarkan tawaran hebat dan pas pada harga yang menarik untuk memastikan mereka sentiasa berhubung dengan apa juga mereka sukakan. Dan dengan harga telefon mudah alih 4G LTE yang kini sudah jatuh serendah RM150, kami juga percaya bahawa 2016 adalah tahun di mana paling ramai pengguna prabayar akan membeli telefon 4G pertama mereka.

"Bersama-sama dengan peningkatan dalam populariti perkhidmatan penstriman dan perkongsian di telefon mudah alih, penggunaan data 4G juga bakal meningkat dalam segmen prabayar sepertimana telah berlaku dalam segmen pascabayar," kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Pek permulaan Hotlink FAST berharga RM10 dan ditawarkan dengan pramuat internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB dan pramuat kredit sebanyak RM5.

Untuk mendapatkan Hotlink FAST baru, pelanggan hanya perlu melawat pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf kepada pelan Hotlink FAST boleh berbuat demikian melalui Aplikasi Hotlink RED. Mereka hanya perlu pergi ke 'More', pilih 'My Account' dan pilih 'Change' di sebelah 'Rateplan'. Selain itu, mereka boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink FAST terbaru ini, lawati www.hotlink.com.my.

INFO

  • Pelanggan yang mendaftar atau berpindah ke Hotlink FAST baru akan mendapat 8GB Internet 4G percuma setiap bulan setiap hujung minggu untuk SEUMUR HIDUP selagi akaun mereka aktif
  • Tawaran internet yang tiada tandingan untuk pengguna 3G/4G - pas harian RM3 untuk 1GB dan pas bulanan RM48 untuk 5GB
  • Sambungan 'sentiasa terhubung' termasuk chat sosial percuma

Hotlink adalah satu-satunya pelan prabayar yang menyediakan Mesej Sosial Percuma (Always Free Social Chat) di mana-mana aplikasi berbual, setiap hari. Pelanggan akan sentiasa menikmati sambungan internet mudah alih percuma - walaupun kehabisan kuota internet. Tiada lagi alasan. Ini adalah masa untuk menikmati pengalaman mudah alih internet yang "Always Ohhsome, Always On!"

Semua pelanggan Hotlink juga akan dapatkan akses kepada "Hotlink RED App", aplikasi layan diri yang direka khas untuk memperkayakan dan memudahkan penggunaan perkhidmatan prabayar mereka.

Mengambil alih kawalan penuh akaun prabayar anda; memantau baki dan penggunaan internet anda, membeli dan mengaktifkan tambah nilai anda, membeli pas-pas internet mudah alih, dan juga secara automatik menikmati ganjaran dan pengalaman epik #LiveLifeLoud sepanjang tahun.

Dapatkan akses VIP untuk pengalaman selebriti, tiket percuma untuk festival muzik dan konsert, serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan.

Berita Harian X