Selasa, 26 April 2016 | 3:51pm
BURSA Malaysia kekal lebih rendah pada pertengahan petang susulan jualan berterusan dan selari prestasi lemah bursa serantau. - Foto hiasan

Bursa Malaysia kekal rendah pada pertengahan petang

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal lebih rendah pada pertengahan petang susulan jualan berterusan dan selari prestasi lemah bursa serantau.

Pada 3 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,696.86, jatuh 17.65 mata, berbanding penutup Isnin pada 1,714.51.

Indeks itu dibuka 0.61 mata lebih rendah pada 1,713.90 pagi tadi.

Peniaga berkata, pengambilan untung dalam saham utama terus mempengaruhi pasaran berikutan pelabur mengelak mengambil risiko sementara menunggu arah tuju baharu daripada mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan Bank of Japan.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 656 berbanding 167 dengan 282 kaunter tidak berubah, 627 tidak diniagakan dan 25 lagi digantung.

Sebanyak 1.68 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.12 bilion.

Dikalangan saham utama, Maybank jatuh empat sen kepada RM8.97, TNB susut 14 sen kepada RM14.36, Public Bank jatuh 32 sen kepada RM18.80, IHH susut dua sen kepada RM6.69 dan Petronas Chemical satu sen lebih rendah kepada RM6.69.

Dikalangan kaunter aktif, Sona Petroleum warrant dan Vivocom susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 2.5 sen dan 32.5 sen, AirAsia X dan warrant kedua-dua susut dua sen masing-masing kepada 34.5 sen dan 19.5 sen, manakala Spring Gallery warrant mendatar pada 28 sen.

Indeks FBM EMAS menguncup 118.81 mata kepada 11,784.08, FBMT100 jatuh 112.98 mata kepada 11,484.33 dan FBM EMAS Syariah susut 103.02 mata kepada 12,358.32.

Indeks FBM70 jatuh 105.44 mata kepada 13,094 manakala FBM ACE kehilangan 103.01 mata kepada 5,677.26.

Berdasarkan sektor, indeks Kewangan susut 117.07 mata kepada 14,700.04, Perladangan menguncup 8.68 mata kepada 7,732.11 dan Perindustrian susut 17.27 mata kepada 3,248. - BERNAMA

Berita Harian X