Isnin, 18 April 2016 | 7:01pm

Penulis Perancis diusir dari Chad selepas kritik rejim


PENULIS, Thomas Dietrich.

N'DJAMENA: Seorang penulis Perancis yang mengutuk rejim Presiden Idriss Deby di Chad dan ditahan ketika tiba di bandar ini, diusir ke negara jiran Cameroon hari ini, kata AFP.

Sebelum menaiki pesawat ke Douala, penulis terbabit dikenali sebagai Thomas Dietrich mendakwa dia dipukul manakala wang dan telefon bimbitnya dirampas oleh ejen Agensi Keselamatan Negara, menurut pihak berkuasa Chad.

"Permohonan visanya ditolak di Paris, justeru dia pergi ke Yaounde (ibu kota Cameroon) untuk mendapatkannya. Dia ditahan pagi ini," kata sumber polis kepada AFP semalam, sehari selepas Dietrich tiba di utara negara Afrika tengah itu.

Dietrich mengumumkan kunjungannya ke sini dalam Facebook di mana dia mengkritik "pemerintahan kuku besi dan menindas Chad" serta "pelanggaran hak asasi manusia", serta melahirkan sokongannya terhadap "penduduk yang menangis kerana kebuluran" walaupun pemerolehan hasil minyak selama lebih sedekad.

Januari lalu, penulis terbabit menerbitkan sebuah novel diberi tajuk "Les enfants de Toumai" ("The Children of Toumai"), (Kanak-kanak Toumai), kisah cinta antara seorang gadis Islam Chad dan pelajar Mao berketurunan Kristian. -AFP

Berita Harian X