Sabtu, 16 April 2016 | 12:12am

Kek coklat moist


PENGUSAHA pastri, Miftah Durrani Enterprise, Manisah Azlina Muhammad. - Foto Roslin Mat Tahir

SETIAP individu pastinya menyimpan sekurang-kurangnya satu kenangan indah berkaitan kek coklat, tidak kira sama ada ketika usia kecil mahupun dewasa.

Bau kek coklat yang pekat dan memukau menjadikannya antara pilihan kek paling popular untuk pelbagai acara istimewa, termasuk dijadikan sebagai hidangan pemanis mulut untuk dinikmati bersama tersayang.

Malah, hidangan ini menjadi kegemaran ramai dan sesuai dihidangkan, sama ada pada waktu pagi atau ketika minum petang.

Selain itu, sesi menikmati kek coklat bersama rakan dan keluarga juga dianggap sebagai satu cara boleh memberikan keseronokan, terutama selepas sibuk dengan kepadatan jadual kerja.

Kek coklat walaupun ringkas pembuatannya, enak dinikmati dan sering kali menjadi resipi pilihan bagi yang gemar mempelajari membuat kek, khususnya bagi baharu belajar.

Berbeza daripada biasa

Seiring perkembangan dunia pastri kian digemari ramai, kek coklat turut diperbaharui resipinya hingga ia tampil pelbagai variasi kek coklat menggiurkan antaranya kukus, moist dan bakar bagi menambahkan lagi tarikan pada kek itu.

Cubalah resipi kek coklat yang dikongsi oleh pengusaha pastri, Miftah Durrani Enterprise, Miftah Durrani Enterprise, Manisah Azlina Muhammad, Secara luaran, resipi kek coklat memang nampak mudah dan ringkas, tetapi jika kena dengan cara penyediaannya, ia sebenarnya cukup menyelerakan dan berbeza daripada biasa.

Malah, menikmati kek coklat mampu membangkitkan suasana romantik dan mesra.

Jadi, buat pembaca yang baharu pertama kali mencuba berikut adalah resipi mudah dan tidak menelan kos belanja tinggi untuk membeli bahan.

Dengan menggunakan kreativiti, anda boleh cuba hias kek ini dengan ramuan lain seperti buah-buahan dan krim sebagainya.

Resipi kek coklat moist


BAHAN-BAHAN digunakan untuk memasak kek coklat moist. - Foto Roslin Mat Tahir

Bahan A ( dimasak atas api kecil)

  • 225gram (gm) coklat hitam
  • 220g gula kastor
  • Satu tin susu cair
  • 200g minyak jagung
  • 250g susu pekat
  • 310g susu segar

Bahan B

  • 100g serbuk koko
  • Empat biji telur

Bahan C

  • mentega
    • 150g tepung gandum
    • Satu sudu teh soda bikarbonat
    • Satu sudu teh tepung penaik

    Cara membuatnya:

    1. Masukkan bahan A satu persatu dan kacau atas api kecil. Biarkan bahan-bahan itu mendidih.

    2. Sediakan bahan B. Pukul mentega dengan gula sampai kembang,.

    3. Masukkan tepung kek, serbuk koko, susu dan coklat yang telah dicairkan, kacau hingga sebati.

    4. Tuang telur dan pukul hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.

    5. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat segi sudah di sapu dengan majerin dan alas dasar loyang dengan kertas.

    6. Biarkan adunan kek dan bakar di dalam pembakar kek 40 minit dengan suhu 170 darjah selsius.

    7. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

    8. Hidangkan bersama hiasan buah-buahan segar dan lain-lain untuk menambah kelazatannya.

Berita Harian X