Isnin, 11 April 2016 | 10:12am

Sumbangan susu formula bahayakan mangsa bencana - Pakar

BANGKOK: Individu kaya dan kumpulan perniagaan kerap menyumbangkan susu formula setiap kali Asia Tenggara dilanda bencana alam tanpa menyedari ia membahayakan kesihatan kanak-kanak di negara dilanda krisis itu.

Susu gantian kepada susu ibu di kawasan dilanda bencana di mana air minuman sukar diperoleh menyebabkan cirit-birit, penyebab kematian utama kedua kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan punca utama kes kekurangan zat, kata pakar.

"Kebanyakan orang tidak sedar betapa bahaya keadaan ini. Dalam keadaan kecemasan di rantau ini, kita melihat susu formula disumbangkan.

"Di sebalik itu, komuniti dan ibu perlu faham kepentingan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu," kata pakar pemakanan serantau UNICEF, Dorothy Foote, kepada Yayasan Thomson Reuters.

Susu formula dipasarkan secara meluaskan di Asia Tenggara. Bagaimanapun, di kawasan dilanda bencana, bekalan air dan infrastruktur selalunya rosak atau tidak dapat dimasuki, menjadikan air minum selama yang diperlukan untuk membancuh susu dan membasuh botol, sukar diperoleh dan meningkatkan risiko penyakit.

Memberikan susu formula dan botol bayi ketika kecemasan perlu dielakkan, menurut laporan UNICEF, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan 10 negara anggota ASEAN. - Reuters

Berita Harian X