Jumaat, 8 April 2016 | 4:19pm

Pencari suaka di Jerman turun 66 peratus pada Mac


MENTERI Dalam Negeri, Thomas de Maiziere. - Foto AFP

BERLIN: Bilangan permohonan baru suaka di Jerman, destinasi utama pelarian di Eropah tahun lalu menurun 66 peratus pada Mac kepada kira-kira 20,000, kata Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere hari ini.

"Pada Disember 2015, 120,000 orang; Januari 90,000; Februari 60,000 dan Mac 20,000," katanya, beberapa minggu selepas beberapa negara di Balkan menutup sempadan mereka kepada pelarian, sekali gus menghentikan kemasukan secara besar-besaran. - AFP

Berita Harian X