Jumaat, 25 March 2016 | 4:41pm
BLUE Cube cawangan Sunway Pyramid.
BLUE Cube cawangan Sunway Pyramid.

Tawaran hebat Hari Blue Cube bermula

CELCOM Axiata Bhd (Celcom) menawarkan diskaun telefon pintar sehingga 70 peratus iaitu serendah RM130, dengan hanya perlu mendaftar pelan pascabayar First Gold, sempena penganjuran Hari Blue Cube di cawangan Blue Cube Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada Jumaat hingga Ahad ini.

Menurut Celcom, Hari Blue Cube yang terbesar pernah dianjurkan itu, akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

"Tiada kontrak diperlukan. Hanya daftar dengan First Gold baharu, pelan pascabayar yang paling hangat diperkatakan. Kita juga menawarkan banyak benda percuma untuk direbut," kata syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataan, hari ini.

Dengan pelan First Gold berharga RM80 sebulan, pengguna mendapat lebih internet, panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS), selain keistimewaan eksklusif pada setiap bulan.

Pengguna diberi data internet sehingga 10GB dan internet percuma pada setiap Sabtu dan Ahad, manakala data internet bulanan yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya sehingga 5GB pada setiap bulan, sekali gus tiada lagi pembaziran internet.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati panggilan dan SMS tanpa had serta muzik Yonder percuma tanpa had.

Pengguna juga menikmati kelajuan sehingga 10 kali lebih cepat yang dikuasakan oleh rangkaian Celcom 4G LTE.

Antara lain mereka boleh melanggan pakej NewPhone yang mana mereka boleh menukar kepada telefon pintar terkini pada bila-bila masa, mendahului orang lain dengan bayaran minimum.

Orang ramai yang mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.celcom.com.my

Berita Harian X