Selasa, 22 March 2016 | 1:22pm

Pesawat melencong akibat penumpang sakit

BOSTON: Pesawat American Airlines dalam penerbangan ke Ireland terpaksa melencong ke Boston berikutan seorang penumpang jatuh sakit.

Jurucakap syarikat penerbangan itu, Martha Thomas, berkata pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Dublin dari Philadelphia pada malam Isnin apabila kejadian itu berlaku.

Polis Massachusetts berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston sebaik ia tiba dan terus memindahkan pesakit.

Laporan awal menunjukkan wanita itu sukar dikawal tetapi kemudian beliau disahkan mengalami masalah kesihatan.

Beliau dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Polis berkata, beliau tidak akan dikenakan sebarang dakwaan.

Sementara itu, Thomas berkata, syarikat berkenaan berusaha memastikan penumpang lain tiba di Dublin secepat mungkin. - AGENSI

Berita Harian X