Isnin, 21 March 2016 | 10:46am

Pasaran saham Asia jatuh hari ini

HONG KONG: Pasaran saham Asia jatuh hari ini selepas mencatatkan peningkatan dalam tiga minggu berturut-turut kerana kejatuhan harga minyak membuatkan pelabur berhati-hati dengan pengukuhan ekonomi global.

Harga minyak mentah jatuh untuk hari kedua, melanjutkan kejatuhan yang dicatatkan pada Jumaat lebih satu peratus selepas jumlah pelantar minyak Amerika Syarikat (AS) meningkat buat pertama kali sejak Disember, menimbulkan semula kebimbangan lebihan bekalan selepas cadangan pembekuan output membantu menyokong pasaran ke paras tinggi 2016.

Ketidaktentuan dalam pasaran minyak mentah, dan kelemahan dalam komoditi secara amnya berserta pertumbuhan perlahan China, menjejaskan pasaran kewangan dalam beberapa bulan lalu.

Kebimbangan mengenai tinjauan pertumbuhan global juga memainkan peranan penting dalam Rizab Persekutuan AS minggu lalu yang menunjukkan jalan yang lebih perlahan untuk kenaikan kadar masa pada depan.

Indeks meluas saham di luar Asia Pasifik jatuh 0.2 peratus pada awal dagangan selepas memasuki wilayah positif buat pertama kali tahun ini pada Jumaat lalu.

Ia juga meningkat meningkat 16 peratus daripada paras rendah pada Januari. Pasaran New Zealand naik sedikit sementara Australia jatuh 0.1 peratus.

Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terjejas pada minggu lalu selepas pendirian kurang agresif Rizab Persekutuan AS.

Pengerusinya, Janet Yellen kedengaran ragu-ragu bahawa pengukuhan inflasi AS baru-baru ini akan dapat dikekalkan, mencadangkan bank pusat tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar.

Namun, tinjauan yang lebih baik terhadap ekonomi AS membantu Wall Street, yang mana Indeks S&P 500 naik 0.44 peratus untuk ditutup dalam nada positif pada Jumaat lalu.

Dalam pasaran mata wang, indeks dolar AS berubah sedikit kepada 95.042. Dolar AS berada pada paras 111.51 yen, masih dalam lingkungan paras rendah dalam tempoh 17 bulan yang dicatatkan pada Jumaat pada paras 110.67 sementara euro berada pada paras AS$1.1271.

Kontrak hadapan semasa minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) jatuh lebih satu peratus kepada AS$38.98 setong selepas naik sedikit melepasi paras AS$41 setong, paras tingginya sejak Disember lalu.

Kontrak minyak mentah Brent jatuh sedikit kepada AS$40.94 setong selepas mencecah paras tinggi tahun ini pada paras AS$42.54 setong. - Reuters

Berita Harian X