Ahad, 20 March 2016 | 9:09pm

Perang promosi Samsung Galaxy S7 Edge

ORANG ramai melihat dari dekat Samsung Galaxy S7 Edge yang baharu dilancarkan di KLCC. - Foto Halim Salleh
ORANG ramai melihat dari dekat Samsung Galaxy S7 Edge yang baharu dilancarkan di KLCC. - Foto Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Setiap kali pelancaran peranti telefon pintar baharu di negara ini, syarikat telekomunikasi berlumba-lumba memperkenalkan pakej pembelian bagi menarik pembeli, sekali gus mencetuskan perang promosi.

Ini tidak terkecuali dengan pelancaran rasmi Samsung Galaxy S7 Edge yang di Malaysia pada minggu lalu, menyaksikan tiga syarikat telekomunikasi utama negara - Celcom, Maxis dan Digi memperkenalkan pakej pembelian masing-masing.

Pelbagai tawaran disediakan termasuk pakej pelan panggilan yang merangkumi daripada rebet pembelian hinggalah kepada pemberian percuma aksesori telefon pintar itu, merangkumi jam tangan pintar hinggalah set kepala realiti maya (VR).

Maxis Bhd tampil menawarkan Samsung Galaxy S7 edge tanpa kos pendahuluan menerusi Maxis Zerolution dengan tawaran peranti serendah RM2,099 dengan pelan RM114 sebulan.

Bagi 1,000 pelanggan pertama pelan MaxisONE yang memiliki telefon itu menerusi pakej Zerolution pula berpeluang menikmati sehingga RM200 rebat bil, selain promosi jam Samsung Gear S2 percuma untuk tempahan awal.

Syarikat itu juga menjadikan pemilikan Samsung Galaxy S7 edge lebih menarik apabila ia menawarkan jam pintar Samsung Gear S2 Classic Platinum bernilai RM1,899 secara percuma, jika membelinya bersama pelan MaxisONE 158 ke atas.

Celcom Axiata Bhd (Celcom) pula menjadi syarikat telekomunikasi pertama menawarkan pakej S7 edge yang lebih fleksibel kepada pengguna menerusi pelan FiRST Blue dan FiRST Gold.

Menerusi pelan FiRST Blue, pengguna boleh memiliki S7 Edge pada RM2,448 dengan komitmen RM45 sebulan dan kontrak 24 bulan; manakala FiRST Gold menawarkan peranti pada RM2,689 dan RM80 sebulan bagi kontrak 12 bulan.

Syarikat telekomunikasi itu turut menawarkan S7 Edge dalam program NewPhone yang mana pengguna hanya perlu membayar RM145 sebulan untuk memiliki telefon pintar itu.

Sementara itu, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menawarkan S7 edge pada harga serendah RM1,449 bersama pelan pasca-bayar 68, 98, 148 atau 238.

Malah, bagi menjadikan pengalaman memiliki telefon baharu itu lebih bermakna, Digi turut menawarkan pakej tawaran pelan panggilan peranti itu bersama-sama aksesori terkenal Samsung Gear VR untuk menikmati kelebihan teknologi realiti mayanya.

Selain diskaun RM200 yang ditawarkan di Digi Android Hub Stores pada pelancaran S7 edge Jumaat lalu, pengguna turut berpeluang memenangi hadiah bernilai RM318 sempena pameran bergerak DiGi di Mid Valley Megamall sehingga 27 Mac ini.

INFO

Kempen Miliki Samsung Galaxy S7 edge

Maxis

* Tanpa kos pendahuluan dengan Maxis Zerolution daripada hanya RM114 sebulan

* Tempahan awal layak dapat Samsung Gear S2 PERCUMA dengan belian bersama pelan MaxisONE 158 ke atas.

* Promosi di cawangan Maxis, Rebet RM200 bagi pendaftaran pelan MaxisONE 158.

Celcom

*Tawaran pada RM145 sebulan dengan melanggan pakej NewPhone.

* FiRST Gold (RM80 sebulan) tawar 5GB internet sebulan + 5GB Internet hujung minggu dan percuma 5GB WiFiPlus.

* FiRST Blue (RM45 sebulan) tawar 2GB internet sebulan Internet + 2GB Internet hujung minggu dan percuma 2GB WiFiPlus.

DiGi

* Telefon hanya RM1,889 dengan pelan pasca-bayar Digi 148

* Percuma pengecas tanpa wayar bernilai RM139 bagi pembelian secara dalam talian.

* Percuma Samsung Gear VR

Berita Harian X