Jumaat, 11 March 2016 | 7:58am

Seluruh England: 2 beregu negara berentap suku akhir


BEREGU negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

KUALA LUMPUR: Dua beregu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan membuat perhitungan antara satu sama lain pada aksi suku akhir Seluruh England, awal pagi nanti.

Selepas Kien Keat-Boon Heong melakar kejutan menundukkan pasangan nombor dua dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan pada pusingan kedua, lewat malam tadi, giliran V Shem-Wee Kiong pula membuktikan kualiti dimiliki mereka.

V Shem-Wee Kiong cemerlang apabila menumbangkan pasangan China yang juga pilihan kelima, Chai Biao-Hong Wei 17-21, 24-22, 23-21 pada awal pagi tadi untuk perhitungan dengan Kien Keat-Boon Heong bagi merebut tiket ke separuh akhir.

Ironinya, kedua-dua pasangan itu ketika ini sedang bersaing hebat bagi menempah tiket ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos depan.

Berita Harian X