Khamis, 10 March 2016 | 9:47am

Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih rendah namun dijangka bergerak ke jajaran positif hari ini sejajar dengan perkembangan pasaran serantau.

Pada jam 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.81 mata kepada 1.684.54.

Antara saham rugi pada awal dagangan termasuk Petronas Gas Bhd, British American Tobacco (M) Bhd, MISC Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Hong Leong Bank Bhd, UEM Edgenta Bhd, Genting Bhd dan RHB Capital Bhd.

Saham Asia meningkat pada Khamis selepas New Zealand mengejutkan pasaran dengan langkah mengurangkan kadar faedah.

Situasi itu meletakkan pelabur bersedia untuk mendapat lebih banyak rangsangan Bank Pusat Eropah (ECB) lewat hari ini selepas penggubal dasar menggandakan langkah untuk menyokong ekonomi yang goyah.

Pemulihan dalam harga minyak iaitu sumber kebimbangan sejak kebelakangan ini menenangkan pelabur.

Berita Harian X