Khamis, 10 March 2016 | 9:43am

Saham Asia naik selepas kebimbangan harga minyak reda


SAHAM Tokyo. - Foto hiasan/AP

TOKYO: Saham Asia meningkat pada Khamis selepas New Zealand mengejutkan pasaran dengan langkah mengurangkan kadar faedah.

Situasi itu meletakkan pelabur bersedia untuk mendapat lebih banyak rangsangan Bank Pusat Eropah (ECB) lewat hari ini selepas penggubal dasar menggandakan langkah untuk menyokong ekonomi yang goyah.

Pemulihan dalam harga minyak iaitu sumber kebimbangan sejak kebelakangan ini menenangkan pelabur.

Indeks MSCI Asia Pasifik selain Jepun naik 0.1 peratus. Nikkei Jepun menokok satu peratus dan saham Australia menambah 0.2 peratus. KOSPI Korea Selatan naik 0.3 peratus.

Kejutan besar hari ini hadir dari bank pusat New Zealand, apabila ia mengurangkan penanda aras kadar tunai kepada paras rekod rendah 2.25 peratus.

Gabenor Rizab Bank New Zealand, Graeme Wheeler menamakan China sebagai risiko utama kepada unjuran bank bagi pertumbuhan ekonomi dan inflasi, mencerminkan kebimbangan global terhadap kelembapan ekonomi kedua terbesar dunia. - Reuters

Berita Harian X