Rabu, 9 March 2016 | 4:46pm

Dua sahabat terajui dunia kosmetik


FAZLI Baharom (kiri) dan Shahrul Ezad Mohameddin.

KUALA LUMPUR: Radius One Sdn Bhd (Radius One) yang diterajui dua sahabat, Fazli Baharom dan Shahrul Ezad Mohameddin adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri drama tanah air.

Setelah hampir dua dekad bergelumang dalam menghasilkan drama televisyen seperti Antara Garisan, Kerana Cintaku Saerah, Bila Hati Telah Hitam untuk tontonan masyarakat, akhirnya dua sahabat ini mengambil langkah berani menceburi dunia kosmetik.

Melihat industri kosmetik sebagai industri yang mempunyai potensi luas, mereka menubuhkan Radius Beauty yang mengeluarkan rangkaian produk kecantikan di bawah jenama OL S.

OLĕS Skincare adalah produk lima dalam satu yang menggabungkan gel pencuci wajah, toner pelembab, serum vitamin E, krim siang dan krim malam.

Produk ini menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna iaitu RM120 bagi Semenanjung Malaysia dan RM130 bagi Sabah dan Sarawak.

Tidak seperti kebanyakan produk lain yang menggunakan bahan terlarang di dalam kandungan produk mereka, Oles Skincare yang diformulasi dari ekstrak dan enzim botani semula jadi ini halal dan selamat digunakan untuk jangka masa panjang tanpa kesan sampingan.

Produk yang menggunakan bahan premium ini juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia dihasilkan sepenuhnya di Malaysia serta telah menjalani proses R&D di makmal bertaraf antarabangsa.

"Kami terpaksa melakukan penyelidikan hampir tiga tahun bagi mendapatkan hasil produk yang betul-betul berkualiti buat pengguna kerana Oles Skincare bukanlah produk OEM yang boleh kita dapatkan dan buat pembungkusan semula bila-bila masa," kata Pengarah Urusan Radius Beauty, Fazli Baharom.

"Biar lambat asal selamat. Itu yang penting bagi kami. Bagi saya, produk yang bagus dan selamat bukanlah produk yang menawarkan kesan penggunaan dalam masa kurang seminggu kepada pengguna.

"Sebab jika kita menggunakan bahan-bahan semula jadi, kesannya mungkin dapat dilihat setelah dua minggu pemakaian.

"Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada pengguna itu sendiri sama ada mahu memilih produk yang selamat digunakan dalam jangka masa panjang atau produk yang mendatangkan kesan memudaratkan di kemudian hari," katanya yang turut menekankan bahawa Oles Skincare adalah produk bebas hydroquinone, mercury (raksa), tretinoin dan bahan terlarang lain.

Walaupun baharu beberapa bulan berada di pasaran, sambutan yang di terima amat menggalakkan meskipun kini terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran.

Sehingga kini Oles Skincare sudah mempunyai 39 ejen berdaftar seluruh negara.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini atau menjadi pengedar, maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Oles HQ atau di laman Instagram @oles_official.

Berita Harian X