Rabu, 9 March 2016 | 10:54am

Mangsa banjir di Pakan meningkat


ANTARA kediaman penduduk yang ditenggelami air di Kampung Rambutan, Pakan. - Foto Khalid Latip

SARIKEI: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan di Pakan meningkat kepada 40 orang pagi ini, berbanding 34 petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sarikei, Mohammad Noor Amit, berkata sehingga jam 10 pagi ini 13 keluarga ditempatkan di Dewan Masyarakat Pakan meningkat tiga berbanding 10 semalam.

Beliau berkata, pemindahan itu dilakukan berikutan trend air di kawasan Pakan menunjukkan peningkatan.

"Pemantauan masih dilakukan beberapa agensi penyelamat untuk memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada penduduk terjejas, " katanya.

Berita Harian X