Selasa, 8 March 2016 | 11:13am

Pakan pula dilanda banjir


Hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di Sarikei dinaiki air, sejak petang semalam.

SARIKEI: Hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di bahagian ini dinaiki air, sejak petang semalam.

Berikutan itu, sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Masyarakat Pakan, pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri berkata, sehingga jam 10 pagi ini, seramai 34 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan terbabit.

Beliau berkata, pemantauan kini dilakukan beberapa agensi penyelamat untuk memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada penduduk terjejas.

Berita Harian X