Ahad, 6 March 2016 | 12:02am
AKSI kucing yang bernama Arang di Restoran Good Meowning. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PENGUNJUNG Restoran Good Meowning berpeluang bermain dan mendekati pelbagai jenis kucing kegemaran. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
BERMAIN dengan kucing sambil menjamu selera umpama terapi bagi pelanggan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
DEKORASI khusus untuk kucing menarik perhatian pengunjung Restoran Good Meowning. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
AKSI kucing yang bernama Arang di Restoran Good Meowning. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Jamu selera ditemani "si comel"


KUALA LUMPUR: Sejak kafe kucing pertama dibuka di Taipei, Taiwan pada 1998 dan mendapat sambutan memberangsangkan, kafe seumpamanya bertukar menjadi fenomena di seluruh dunia.

Salah seorang pelancong Jepun yang menjamu selera di kafe membuka restoran seumpamanya sebaik kembali ke kampung halamannya di Osaka pada 2014.

Malah bukan saja di Jepun tetapi juga kota raya New York menerusi kehadiran Meow Parlour, Cafe Neko di Vienna, Austria; Cat Cafe Budapest (Hungary), Cat Town Cafe (California) dan kafe Lily Cat di Myeongdong, Korea.

Di negara kita, walaupun agak baharu namun ada yang benar-benar berbaloi dikunjungi kerana menawarkan suasana dan kebersihan setanding kafe kucing popular dunia.

Antara kafe kucing yang menjadi perbualan hangat adalah Good Meowing Cafe di Jalan Suasana, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.


NORAZIYAH dan anaknya, Siti Nabilah Abd Rahim bersama sebahagian hidangan di restoran miliknya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

PENGUNJUNG Restoran Good Meowning berpeluang bermain dan mendekati pelbagai jenis kucing kegemaran mereka . - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Setiap hari terutama hujung minggu, restoran itu sesak dengan pelanggan yang bukan saja enak menjamu selera sepuluh menu pilihan malah mengambil peluang bermain-main dengan kira-kira 15 ekor kucing pelbagai baka termasuk bengal, kacukan Rag Doll, Maine Coon dan British short hair yang diasingkan dalam ruang kaca khas.

Pemiliknya, Noraziyah Mansor berkata, beliau membuka kafe kucing bukan kerana terikut-ikut dengan aliran semasa sebaliknya cuba mendidik masyarakat supaya menghargai dan menyayangi haiwan comel kesayangan Rasulullah S.A.W.

"Saya tidak memilih menjalankan perniagaan skala besar, sebaliknya memadai boleh pulang modal bagi menyediakan makanan serta keperluan kucing saya saya pelihara ini," katanya yang memiliki sejumlah 30 ekor kucing setakat ini.

Sebahagian daripada kucing dilihat cukup bersedia selain sihat dan cantik fizikal 'dihantar bertugas' di Good Meowing Cafe tetapi berbanding kafe lain yang membiarkan kucing bebas berkeliaran dan bermesra dengan pelanggan, Noraziyah mengasingkan kucingnya dalam sebuah bilik kaca dilengkapi keperluan dan makanan diperlukan haiwan itu.

"Demi tidak mengganggu pelanggan menikmati makanan selain memastikan suasana restoran kekal bersih dan berbau harum, saya letakkan kucing di ruang dibina khas.


Noraziyah (kiri) bersama kakitangannya menampilkan kelainan dalam perniagaan restoran. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

PENGUNJUNG Restoran Good Meowning berpeluang bermain dan mendekati pelbagai jenis kucing kegemaran. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

"Pelanggan yang ingin bermain dengan kucing itu perlu membayar RM5 untuk tempoh setengah jam mereka.

"Dan, untuk tidak menjejaskan diet haiwan itu selain tidak mahu rutin makan terganggu, pelanggan dinasihatkan tidak memberi kucing berkenaan sebarang makanan," katanya.

Mengenai kucing paling popular dalam kalangan pelanggan, Noraziyah berkata, keletah Badang iaitu kucing baka British Short Hair, spesis mix ragdoll, Cengkih, malah Arang yang berbulu hitam pekat sering mencuit hati pelanggan.

"Mereka mudah mesra dan pandai bermanja," ujarnya.

Menyajikan gabungan hidangan tempatan dan Barat namun selaku orang Utara, Noraziyah berbangga menyelitkan resipi asli masakan Kedah dalam setiap menunya.

Hasil kreativitinya mengubahsuai rasa dan mengadun bahan, lahir menu cita rasa baharu seperti spageti 'baguih', spageti Ariffia mengambil sempena anaknya yang menampilkan campuran ayam cincang.


NASI Goreng Bujang di Restoran Good Meowning. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

SPAGETI Baguih Merah di Restoran Good Meowning. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Menu lain ialah nasi goreng bujang iaitu nasi goreng cili api digoreng bersama rempeyek rangup dan sup moi iaitu bubur nasi direndam dalam sup ayam dimakan bersama sambal bilis.

Selebihnya adalah sajian biasa seperti kebab ayam, laksa Kedah, bihun sup, mi kari, roti jala, nasi lemak di samping dan aneka jenis kek dan kuih-muih Melayu antaranya, brownie, truffle coklat dan kacang pecan dengan keju.

Antara sepuluh menu utama, Noraziyah mempelawa pelanggan mencuba spageti 'baguih' yang menitipkan selera tempatan menerusi sos buatan sendiri.

"Ia memuatkan ramuan rempah ratus yang memberi rasa pedas namun diimbangi lemak daging ayam berserta masam tomato," katanya.

Mereka menggemari kebab pasti menyukai kebab ayam bersalut mayonis resipi ekslusif Noraziyah.

Berita Harian X