Khamis, 3 March 2016 | 10:10am

Ringgit dibuka tinggi empat hari berturut-turut

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut minggu ini berbanding dolar AS, disokong belian berterusan unit tempatan itu, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit disebut pada 4.1380/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1700 ketika penutup semalam.

Unit tempatan diniagakan bercampur berbanding mata wang negara membangunkan.

Ia didagangkan lebih baik berbanding dolar Singapura kepada 2.9625/9681 daripada 2.9647/9733 pada Rabu dan meningkat berbanding euro kepada 4.4959/5048 daripada 4.5186/5311.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.8218/8341 daripada 5.8007/8163 dan rendah berbanding yen kepada 6397/6462 daripada 3.6367/6464 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X