Khamis, 25 Februari 2016 | 5:41pm

Dadah lebih RM400,000 dilupus


MUHAMAD Zaki (tengah) membakar barang kes pada Program Pelupusan Barang Kes Narkotik dan Dadah di Ibu Pejabat Daerah Seremban, hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

SEREMBAN: Sejumlah 7.83 kilogram dadah termasuk ketamin, syabu dan ubat batuk bernilai RM432,470 dibakar untuk dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata ia adalah hasil rampasan pihaknya dalam pelbagai operasi sejak tahun 2007 hingga 2014.

"Ini adalah program pelupusan dadah pertama di IPD ini tahun ini dan kita mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk melakukannya dengan kaedah pembakaran dalam tong," katanya di sini, hari ini.

Katanya, sejumlah 235.1 gram (g) syabu yang dilupuskan bernilai RM235,100; heroin (232.2g) (RM77,400); ganja (781.1g) (RM3,900); ketamin (4,019g) (RM40,190); ecstacy (2,526g) (RM75,780) dan ubat batuk (41.5 g) (RM100).

Selain dadah, katanya, turut dibakar adalah barang rampasan lain seperti kad pengenalan dan buku bank yang tidak boleh digunakan lagi selepas kes membabitkan dokumen itu selesai dibicarakan di mahkamah.

Berita Harian X