Isnin, 22 Februari 2016 | 5:55pm

Dagangan positif Asia di pengaruhi sentimen luar


SAHAM Tokyo. - Foto hiasan/AP

HONG KONG: Pasaran Asia hari ini meneruskan keuntungannya minggu lalu menunggu pengumuman tinjauan industri terhadap tahap keadaan ekonomi global.

Turut mempengaruhi sentimen adalah pengambilan risiko pelabur berdasarkan mata wang sterling, yang terjejas apabila United Kingdom mungkin melaksanakan undian untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Walaupun dengan ketidaktentuan baharu "Brexit" penganalisis menjangkakan pasaran shaam Eropah akan dibuka lebih tinggi dengan FTSE Britain menyaksikan 0.50 peratus, DAX 0.37 peratus, dan Perancis CAC 40 0.54 peratus.

Namun, lebih banyak aktiviti berlaku dalam pasaran mata wang apabila sterling jatuh dengan kebimbangan Britain mungkin keluar daripada Kesatuan Eropah selepas Datuk Bandar London, Boris Johnson meningkatkan kempen untuk keluar daripada zon itu.

Ia jatuh hingga AS$1.4235 daripada AS$1.4405 ketika ditutup Jumaat lalu, sebelum stabil sekitar AS$1.4275, turun 0.9 peratus sehari.

Berbanding yen, ia jatuh serendah 160.40 yen , paras terendahnya sejak November 2013, berbanding 162.10 lewat Jumaat sebelum lantunan semula sebahagian daripadanya.

"Ketidaktentuan dicetuskan UK akan menjejaskan GBP," kata Pakar strategi Mata Wang Commonwealth Bank, Elias Haddad.

Saham merentasi Asia naik dengan indeks MSCI bagi Asia-Pacific selain Jepun naik 0.8 peratus sebelum melantun kembali lebih empat peratus minggu lalu.

Indeks penanda aras China naik dua peratus apabila pelabur mengalu-alukan keputusan Beijing untuk menggantikan pegawai utama pengawal selianya dan tanda-tanda kerajaan merangsang ekonominya.

Nikkei di Jepun naik satu peratus dari kerugiannya selepas yen berundur daripada pengukuhannya apabila tinjauan aktiviti menunjukkan kejatuhan dalam tempahan eksport baharu menjejaskan pengilangannya. - Reuters

Berita Harian X