Khamis, 18 Februari 2016 | 7:23pm

Saham Asia meningkat


SAHAM Tokyo. - Foto hiasan/AP

HONG KONG: Saham Asia kebanyakannya menyertai rali global semalam berikutan peningkatan harga minyak memberikan keyakinan yang diperlukan pengeluar utama Iran yang menyokong pembekuan pengeluaran oleh Arab Saudi dan Russia.

Mesyuarat terbaharu Rizab Persekutuan membayangkan bank berkenaan tidak mungkin untuk menekankan penurunan kadar faedah seterusnya yang akan dijalankan pada bila-bila masa.

Harga minyak melonjak pada Rabu selepas Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh menyambut baik pakatan antara dua pengeluar utama Russia dan Arab Saudi untuk menyusun strategi bagi mengehadkan pengeluaran.

Pada Rabu, penanda aras minyak mentah AS, West Texas Intermediate melonjak lebih daripada tujuh peratus, manakala Brent menambah 5.6 peratus.

Sementara hari ini, WTI menambah 1.7 peratus dan Brent pada 0.4 peratus lebih tinggi.

Komoditi itu melonjak sejak Jumaat lalu, susulan khabar angin mengenai perjanjian Arab Saudi-Russia muncul.

"Risiko pertumbuhan penawaran akan berterusan dan potensi yang inventori akan sedikit berkurangan," kata Daniel Hynes, pakar strategik komoditi Australia & New Zealand Banking Group di Sydney, kepada Bloomberg News.

Bagi pasaran saham lebih meluas, Tokyo berakhir 2.3 peratus lebih tinggi, Hong Kong dan Sydney ditutup 2.3 peratus.

Sementara Seoul mengakhiri dagangan dengan 1.3 peratus lebih tinggi. - AFP

Berita Harian X