Selasa, 16 Februari 2016 | 6:48pm

UEM Sunrise, Mulpha bangunkan 3 bidang tanah Iskandar Malaysia

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd, sebentar tadi memeterai perjanjian usaha sama dengan Mulpha International Bhd untuk membangunkan tiga bidang tanah berhadapan Link Kedua Malaysia Singapura di Iskandar Malaysia.

Pemaju utama Iskandar Puteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Nusajaya itu, bercadang melaksanakan projek pembangunan bercampur di kawasan berkenaan, yang mana dianggarkan memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM5 billion.

Pembangunan dicadangkan itu merangkumi komponen kediaman dan komersial, yang akan dimajukan dalam tempoh 20 tahun, dengan perancangan pembangunan seawal separuh kedua 2016.

Perjanjian usaha sama 50:50 itu dimeterai UEM Land Bhd, anak syarikat milik penuh UEM Sunrise dan Leisure Farm Corporation Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Mulpha.

UEM Land diwakili Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib dan Ketua Pegawai Operasi Komersialnya, Raymond Cheah, manakala Leisure Farm diwakili Ketua Pegawai Kewangan Mulpha, Eric Lee dan Pengarah Leisure Farm, David Choa.

Berita Harian X