Isnin, 1 Februari 2016 | 12:03am
SIRI Galaxy A boleh didapati dalam warna hitam, emas dan emas merah jambu.

Samsung pertingkat keupayaan siri Galaxy A 2016


(DARI kiri) Samsung Galaxy A7, Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A3.

SAMSUNG Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar terbaharu, Siri Galaxy A 2016 dengan menambah baik fungsi kamera dan kapasiti penyimpanan.

Telefon pintar itu mempunyai tiga varian iaitu A7 yang mempunyai skrin sebesar 5.5 inci, A5 (5.2 inci) dan A3 (4.7 inci).

Rekabentuk Galaxy A Series menggabungkan logam dan kaca bagi mewujudkan reka bentuk premium yang cantik.

Malah, ia juga digabungkan dengan jangka hayat bateri yang ditambah baik.

Ketiga-tiga varian telefon pintar berkenaan turut dilengkapi dengan sistem kamera yang dipertingkatkan untuk gambar serta video yang lebih terang dan jelas.


KETIGA-TIGA varian telefon pintar berkenaan turut dilengkapi dengan sistem kamera yang dipertingkatkan untuk gambar serta video yang lebih terang dan jelas.

Sistem canggih itu merangkumi Penstabilan Imej Optik (OIS) pada kamera hadapan untuk mengelakkan imej kabur, selain lensa F1.9 di kamera depan dan belakang bagi membolehkan pengguna merakamkan gambar pada tahap optimum dalam keadaan pencahayaan rendah.

Selain itu, telefon pintar berkenaan dilengkapi dengan ciri Quick Launch dengan hanya perlu menekan dua kali butang 'Home' untuk fungsi kamera dalam tempoh kurang daripada satu saat.

Siri Galaxy A didatangkan dengan memori yang terbina di dalam sebanyak 16GB dan slot kad mikroSD yang boleh memuatkan sehingga 128 GB bagi memori luar.

Telefon pintar berkenaan boleh didapati dalam warna hitam, emas dan emas merah jambu dengan A7 dijual pada harga RM1,899, A5 (RM1,599) dan A3 (RM1,299) termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ia boleh didapati di semua kedai Samsung di seluruh negara mulai 28 Januari lalu.

Berita Harian X