Selasa, 26 Januari 2016 | 1:24pm

Penerbangan ke Pulau Jeju pulih


FOTO diambil lewat malam tadi menunjukkan ribuan penumpang menunggu untuk mendapatkan pas masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. - Foto AFP

SEOUL: Semua penerbangan beroperasi semula bagi membawa beribu-ribu penumpang yang terkandas pada hujung minggu akibat salji tebal di Pulau Jeju, Korea Selatan, kata pegawai hari ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju yang ditutup sementara akibat cuaca buruk selama hampir tiga hari, dibuka sepanjang malam tadi bagi menerbangkan mereka yang terkandas.

Kementerian Pengangkutan berkata, lebih 150 penerbangan dalam negara dan luar negara yang membawa lebih 30,000 penumpang berlepas pada-kira 6.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Pulau Jeju yang dikenali sebagai Hawaii Korea Selatan popular kerana keindahan pantai dan cuaca yang biasanya panasnya. - AFP

Berita Harian X