Selasa, 26 Januari 2016 | 8:34am
BEKAS Presiden El Salvador, Francisco Flores

Bekas Presiden El Salvador koma akibat strok

SAN SALVADOR: Bekas Presiden El Salvador, Francisco Flores, yang dibicarakan atas tuduhan menyeleweng sumbangan bantuan untuk mangsa gempa bumi, kini dalam keadaan koma selepas diserang strok, kata peguamnya.

Flores yang diletakkan dalam tahanan rumah, dikejarkan ke hospital selepas mengalami strok yang menyebabkan beliau lumpuh sebelah kanan badannya.

"Dia dalam keadaan kritikal," kata peguam Edgar Morales Joya ketika tiba di sebuah hospital swasta di San Salvador, tempat Flores dirawat.

Flores, 56, dibicarakan atas tuduhan mencuri AS$15 juta sumbangan oleh Taiwan untuk membantu mangsa gempa bumi pada 2001.

Beliau yang menjadi presiden dari 1999 hingga 2005, menyerah diri pada 2014 susulan tuduhan yang dinafikannya. - AFP

Berita Harian X