Selasa, 12 Januari 2016 | 11:07pm
ANGGOTA penyelamat membawa mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan di Istambul. - Foto EPA

9 warga Jerman antara maut letupan di Istanbul

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya sembilan warga Jerman antara 10 yang terbunuh dalam serangan pengebom nekad di tempat pelancongan popular di tengah Istanbul, hari ini.

"Terdapat sekurang-kurangnya sembilan warga Jerman daripada 10 mangsa yang terbunuh," katanya pegawai kerajaan kepada AFP.

Awal hari ini, daerah Sultanahmet yang menjadi tempat bersejarah dan dilawati pelancong digegarkan dengan letupan bom menyebabkan 10 maut manakala 15 lagi cedera.

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu menyampaikan ucapan takziah kepada Canselor Jerman, Angela Merkel berikutan serangan bom yang meragut nyawa warga Jerman itu.

"Davutoglu menzahirkan rasa sedih atas kematian 10 mangsa yang kebanyakannya rakyat Jerman," demikian lapor agensi berita Anatolia.

Davutoglu menelefon sendiri Merkel untuk mengucapkan takziah. - AFP

Berita Harian X