Selasa, 12 Januari 2016 | 8:42pm

Ramai mangsa maut serangan Istanbul warga asing


POLIS forensik melakukan siasatan di lokasi letupan di Sultanahmet, Istanbul. - Foto Reuters

ANKARA: Kebanyakan 10 mangsa yang terbunuh akibat serangan pengebom berani mati di Istanbul hari ini terdiri daripada warga asing, kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus.

"Kebanyakan yang terbunuh adalah warga asing," kata Kurtulmus dengan menambah dua daripada 15 mangsa yang cedera kini dilaporkan parah.

Beliau berkata, pengebom nekad terbabit juga sudah dikenal pasti iaitu warga Syria yang lahir pada 1988. - AFP

Berita Harian X