Selasa, 12 Januari 2016 | 5:49pm

TERKINI: 10 maut letupan di tengah Istanbul


POLIS memasang pagar keselamatan di Sultanahmet selepas berlakunya letupan di kawasan itu. - Foto AP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 15 lagi dilaporkan cedera selepas satu letupan menggegar di tengah Istanbul, hari ini.

Menurut televisyen Turki, Haberturk letupan itu mungkin dilakukan oleh pengebom bunuh diri tanpa menyebut sumbernya.

Namun, ada laporan yang menyebut bahawa kejadian mungkin ada kaitan dengan serangan militan Kumpulan Negara Islam (IS).

Belum ada sebarang pengumuman rasmi di atas kejadian itu yang berlaku di sebuah daerah kesultanan bersejarah, Sultanahmet yang juga satu kawasan tarikan pelancongan paling popular di Turki. - REUTERS

Berita Harian X