Selasa, 12 Januari 2016 | 5:15pm
ANGGOTA keselamatan mengawal lokasi letupan yang mengorbankan orang awam di tengah Istambul. - Foto Istambul

Letupan gegar pusat pelancongan di Istanbul

ISTANBUL: Satu letupan berlaku daerah bersejarah Istanbul, Sultanahmet yang menjadi destinasi popular pelancong mengakibatkan beberapa orang dilaporkan cedera.

Media Turki sebentar tadi melaporkan, punca letupan masih tidak diketahui.

Stesen penyiaran NTV melaporkan, letupan berlaku berhampiran sebuah taman purba Greek, Obelisk.

Agensi berita Anadolu pula melaporkan beberapa anggota polis dan anggota perubatan berbegas ke tempat kejadian.

Polis mengepung kawasan berkenaan bagi mencegah orang ramai memasuki kawasan berkenaan berikutan kemungkinan letupan kedua.

Sultanahmet adalah destinasi utama pelancong melawat Istanbul dan kawasan berkenaan merangkumi Istana Topkapi dan Masjid Biru.

Tahun lalu, Turki dikejutkan dengan dua kejadian bom yang besar.

Lebih 30 orang maut dalam serangan Kumpulan Negara Islam (IS) di bandar Suruc, berdekatan sempadan Turki-Syria pada Julai tahun lalu.

Dua serangan bom berani mati pada Oktober di stesen kereta api di pinggir Ankara ketika orang ramai menyertai satu perhimpunan menyebabkan lebih 100 orang maut. - AP

Berita Harian X