Isnin, 11 Januari 2016 | 12:01am
HUAWEI Mate 8 boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu emas champagne, perak moonlight, kelabu space dan coklat mocha.

Huawei Group perkenal telefon pintar Huawei Mate 8


HUAWEI Mate 8.

HUAWEI Consumer Business Group melancarkan telefon pintar Huawei Mate 8 di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2016 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Peranti itu dipacu oleh produktiviti dengan kuasa yang dipertingkatkan dengan ketara dari segi kecekapan dan hayat bateri.

Ia menampilkan reka bentuk anggun yang mempunyai paparan enam inci, 2.5 D potongan kaca belian melengkung dan logam aluminium gred aeroangkasa, sekali gus menonjolkan kecantikan dan praktikal.

Mate 8 adalah telefon pintar pertama yang beroperasi melalui chipset Kirin 950 dengan unit pemprosesan utama (CPU) dipertingkatkan kuasa sehingga 100 peratus, prestasi unit pemprosesan grafik (GPU) sehingga 125 peratus dan kecekapan kuasa sehingga 70 peratus berbanding dengan Kirin 925.

Peranti itu diimbangi kecekapan tenaga dengan prestasi tinggi melalui pemproses 4 x A72 2.3 GHz pemproses dan 4 x A53 1.8 GHz.

Selain itu, Mate 8 dilengkapi bateri berkepadatan tinggi 4000mAh, sekali gus menerajui industri dalam kecekapan kuasa yang menawarkan lebih dua hari bagi penggunaan biasa, manakala penggunaan yang tinggi boleh tanpa dicas untuk 1.65 hari.

Sejajar dengan teknologi pengecas yang pesat, telefon itu boleh dicas selama 30 minit saja yang bersamaan dengan kuasa selama sehari.

Di samping itu, Mate 8 menampilkan enam lapisan mekanik haba maju yang membolehkan pelepasan haba lebih tinggi, sekali gus memberi pengalaman pengendalian cemerlang.


HUAWEI Mate 8 menampilkan reka bentuk yang anggun.

Dengan beroperasi pada EMUI Huawei 4.0 berasaskan kepada Android Marshmallow 6.0, Mate 8 menawarkan ratusan perubahan dan penambahbaikan, termasuk membina perkhidmatan defragmentasi automatik yang terus mengoptimumkan prestasi sistem.

Sebagai tambahan, telefon itu memaparkan mod skrin berbeza yang membolehkan pelbagai tugas antara aplikasi.

Dalam pada itu, Huawei memperkenalkan generasi baharu keselamatan cap cari dengan teknologi perlindungan yang dipertingkatkan.

Sensor jap cari bulat meningkatkan pengenalan yang berkesan sebanyak 10 peratus, selain direkabentuk untuk kelajuan membuka telefon bimbit yang dikunci sebanyak 100 peratus.

Mate 8 mengekalkan dua set piawaian cap jari untuk meningkatkan pengalaman pembayaran menggunakan telefon pintar melalui Identiti Cepat Atas Talian (FIDO) dan Android M.

Sementara itu, Huawei melabur AS$98 juta (RM432 juta) sejak lebih tiga tahun lalu untuk membangunkan pemproses sensor imej yang lebih cepat memberi fokus, kejelasan lebih tinggi dan warna lebih tepat.

Mate 8 juga menggunakan pakai revolusi Sony 16MP IMX 298 baharu dengan meningkatkan saiz sensor sebanyak 23 peratus untuk imej yang menakjubkan, selain memaparkan lapan megapiksel (MP) bagi kamera depan untuk selfie.

Ia kini boleh didapati di 30 negara termasuk Sepanyol, Jerman, Perancis, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mexico dan Sepanyol pada harga 599 euro untuk 3GB + 32 GB dan 699 euro bagi 4GB + 64 GB yang boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu emas champagne, perak moonlight, kelabu space dan coklat mocha.

Berita Harian X