Ahad, 3 Januari 2016 | 10:51pm

Penuntut USM maut dirempuh kereta


PENUNTUT USM maut dirempuh kereta ketika melintas jalan dengan motosikalnya untuk pulang ke kolej berhampiran.

BAYAN LEPAS: Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) maut selepas dirempuh kereta ketika melintas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Gambir, malam ini.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 7 malam berdekatan pintu keluar Stadium USM, mangsa Muhammad Zaquan Mohamad Anuar Hisham, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal dirempuh kereta jenis Toyota Camry yang dipandu seorang wanita berusia 35 tahun.

"Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai cuba melintas jalan untuk pulang ke kolej berdekatan tanpa menyedari kehadiran kereta dari arah Bukit Jambul," katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Allahyarham yang berasal dari Sungai Dua, Seberang Prai Utara adalah bekas pelajar Penang Free School.

Berita Harian X