Jumaat, 1 Januari 2016 | 2:56pm

Pasukan debat UiTM kedua terbaik dunia 

SHAH ALAM: Selepas kejayaan di Cambridge tahun lalu, pasukan debat Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya menduduki tempat kedua dunia dalam pertandingan Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) 2015/2016 di Thessaloniki, Greece.

Pasukan yang dianggotai oleh pendebat dan juga siswa Fakulti Undang-Undang, Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron dan Jasmine Ho Abdullah, kedua-duanya berusia 22 tahun, berjaya mengalahkan universiti ternama seperti Yale dan Havard.

Mereka yang akan memasuki pusingan suku akhir esok, berada di belakang pasukan Universiti Toronto, Hart House A, dengan 23 mata.

Pada November lalu, UiTM menjadi universiti pertama di Malaysia menjuarai kategori utama dalam pertandingan akhir empat penjuru dengan mengalahkan pasukan Trinity College of Dublin Historical Society dan dua pasukan dari University of Toronto, Hart House A dan B dalam pertandingan Debat Antaravarsiti Cambridge (Cambridge IV) yang diadakan di Universiti Cambridge. 

Berita Harian X