Jumaat, 1 Januari 2016 | 12:00am

Rawatan platelet rangsang seri wajah


FARIDAH (dua dari kanan) melawat kaunter jualan buku terbitan NSTP bersama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (dua dari kiri), Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib (kiri) dan Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi ketika melawat kaunter pameran pada Majlis Penghargaan ‘Sepetang bersama sama Guru 2018’ di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. - NSTP/Nurul Shafina Jemenon

SAYA berusia 46 tahun dan kini terdapat garis penuaan pada wajah yang semakin ketara, selain nampak kusam, cengkung serta berbintik. Seorang rakan mencadangkan saya membuat rawatan Platelet Rich Plasma (PRP). Adakah ia mampu mencapai keinginan saya untuk mendapatkan wajah berseri? Adakah ia prosedur yang selamat?

Amalina Nor Hafiz

Subang Jaya, Selangor

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah halus, mulus, tegang dan sihat.

Selain menggunakan produk penjagaan kecantikan bersesuaian setiap hari, kita juga boleh lakukan rawatan menerusi prosedur di klinik pakar aestetik sebagai alternatif untuk mendapatkan kesan serta-merta.

Kulit mudah mengalami kesan penuaan jika seseorang tidak mengamalkan rejim penjagaan kulit dengan baik.

Peningkatan usia, kesan perubahan cuaca yang tidak menentu, kesilapan menggunakan produk kecantikan dan gaya hidup yang kurang sihat antara punca wajah tampak lebih berumur.

Antara rawatan dicadangkan ialah Platelet Rich Plasma (PRP) yang boleh mengatasi masalah ini.

Rawatan PRP adalah berasaskan sebatian atau platlet darah yang mengandungi plasma baik untuk pelbagai keperluan rawatan wajah.

Keunikan rawatan ini membantu merawat wajah menjadi lebih anggun berseri. Rawatan PRP merangsang pertumbuhan sel kulit, menjana, memulihkan kolagen, menganjalkan, mempercepatkan proses penyembuhan dan meremajakan kulit.

Rawatan PRP dapat memperbaiki kondisi kulit melalui suntikan plasma yang mengandungi kadar kepekatan platlet yang tinggi, dapat membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan sel kolagen dalam tisu dan kulit.

Apabila kandungan kolagen semakin bertambah, proses keanjalan kulit akan bermula dan seterusnya kembali muda.

PRP boleh disuntik pada wajah bagi menganjalkan semula wajah yang cengkung, mengurangkan garis halus dan menghalang penuaan kulit.

Selain itu, keistimewaan rawatan PRP dikatakan berkesan bagi masalah keguguran rambut.

Kajian yang dijalankan mendapati rawatan PRP dapat mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut kerana sebatian yang digunakan dapat merangsang pengeluaran akar rambut.


PERBEZAAN kulit wajah sebelum (kiri) dan selepas (kanan) mendapatkan rawatan PRP.

Oleh itu, PRP antara rawatan yang sangat sesuai digunakan bagi masalah keguguran rambut dan botak pramatang.

Selain rawatan yang berkaitan dengan wajah dan kulit, rawatan PRP juga boleh digunakan membantu mengatasi kecederaan sendi dan otot seperti lutut serta siku.

Memandangkan rawatan PRP menggunakan darah yang diambil daripada pesakit sendiri, tiada masalah berkaitan elergi atau penolakan sistem tubuh ke atas rawatan ini.

Antara peralatan yang digunakan ialah Regen Kit, yang mengandungi tiub yang dibungkus secara berasingan setiap satunya bagi menghalang risiko jangkitan.

Bahan digunakan juga bebas daripada ancaman bahan berbahaya daripada luaran kerana hanya menggunakan darah yang diambil daripada tubuh pesakit sendiri.

Berita Harian X