Isnin, 14 Disember 2015 | 12:02am
NEXUS 6P dilengkapi dengan sensor cap jari di belakang peranti.

Nexus 6P tampil dengan ciri lebih memuaskan


NEXUS 6P.

HUAWEI Technologies Malaysia melancarkan peranti baharu, Nexus 6P, yang dilengkapi dengan Android 6.0 Marshmallow selain jam pintar Huawei.

Sistem operasi (OS) terkini itu membolehkan pengguna menerima kemas kini perisian dengan pantas.

Nexus 6P adalah peranti dengan logam sepenuhnya dan menunjukkan komitmen Huawei dalam segmen telefon pintar premium.

Telefon itu didatangkan dengan paparan 5.7 inci (14.25 sentimeter) WQHD AMOLED, yang meningkatkan pengalaman visual sempurna untuk permainan video dan menonton filem, manakala bunyi yang jelas meningkatkan pengalaman audio.

Nexus 6P juga dilengkapi dengan sensor cap jari di belakang peranti iaitu hampir sama reka bentuk dengan Huawei Mate S, menyediakan akses cepat dengan hanya sentuhan untuk menghidupkan semula skrin dan membuka aplikasi dengan lancar dan mempunyai keselamatan tinggi.


REKABENTUK Nexus 6P.

Ia juga didatangkan dengan aplikasi terbaik Google seperti Maps, Chrome, Youtube, Photos, Gmail dan Drive.

Bateri 3,450 mAH membolehkan pengguna terus bercakap, bermesej dan menggunakan aplikasi sehingga malam, selain dilengkapi dengan USB Jenis C untuk pengecasan cepat dengan hanya 10 minit pengecasan bagi tujuh jam penggunaan.

Telefon itu turut mempunyai kamera terbaik dengan 1.55 piksel, yang menangkap lebih banyak cahaya dalam keadaan malap, membolehkan merakam gambar luar dengan menakjubkan dan menghasilkan imej lebih jelas.

Ia kini boleh didapati di laman web Vmall.my dan Lazada mulai 10 Disember lalu dengan pilihan aluminium dan grafit, yang dijual pada harga RM2,698.

Berita Harian X