Ahad, 13 Disember 2015 | 12:55pm

V Shem-Wee Kiong sambar gelaran GP Amerika Syarikat


BEREGU lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. - Foto Rosli Ahmad

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengejutkan pilihan utama Kejohanan Badminton Grand Prix Amerika Syarikat apabila menewaskan pasangan Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov di pentas final, sebentar tadi.

V Shem-Wee Kiong meraih kemenangan dengan keputusan 21-14, 21-17 di gelanggang Kelab Badminton Orange Country dalam tempoh 27 minit.

Kemenangan itu sekali gus menyamakan rekod pertemuan antara mereka kepada 1-1 selepas kali terakhir dimenangi Ivanov-Sozonov di Terbuka Russia, Julai lalu.

Tempat ketiga acara berkenaan dimenangi pasangan dari Thailand Bodin Issara-Nipitphon Puangpuapech manakala tempat keempat diraih pemain Taiwan, Hung Ling Chen-Chi-Lin Wang.

Berita Harian X