Khamis, 3 Disember 2015 | 8:42pm

Banjir di India: 40 pelajar Malaysia terkandas


SERAMAI 40 pelajar Malaysia terkandas susulan banjir besar yang melanda wilayah Tamil Nadu dan Andhra Pradesh, India sejak beberapa hari lalu. - Foto EPA

KUALA LUMPUR: Seramai 40 pelajar Malaysia terkandas susulan banjir besar yang melanda wilayah Tamil Nadu dan Andhra Pradesh, India sejak beberapa hari lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyebut, jumlah itu disahkan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai,

Semua yang terbabit adalah pelajar pergigian dari Kolej Meenakshi Ammal Dental di Chennai.

Setakat ini, lapan daripada pelajar terbabit ditempatkan sementara di pejabat Konsulat Jeneral di sana.

"Kementerian akan memantau keadaan di sana dari semasa ke semasa.

"Pada masa sama, Kedutaan Malaysia di New Delhi serta Konsulat Jeneral di Chennai akan meneruskan usaha mengenal pasti semua rakyat Malaysia yang terjejas bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan," katanya.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai keadaan semasa di sana, sila hubungi bilik gerakan di Konsulat menerusi talian 914424334434/35/36 atau faks di 914424334437 atau e-mel di mwchennai@kln.gov.my.

Berita Harian X