Selasa, 1 Disember 2015 | 10:24pm

Sultan Perak berangkat ke majlis SADC


KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman (kiri) mengiringi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berkenan melawat pameran yang diadakan ketika hadir di majlis makan malam ulang tahun ke-40 PPPNP. - Foto L Manimaran

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Jubli Perak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Hotel Casuarina@Meru di sini, sebentar tadi.

Ketibaan baginda berdua jam 8.40 malam disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sultan Nazrin kemudiannya memotong riben dan menandatangani buku tetamu kenamaan sebelum bersama Tuanku Zara melawat tapak pameran SADC di pintu masuk dewan.

Baginda berdua kemudian berangkat ke Dewan Pusat Konvensyen Amanjaya kira-kira jam 9 malam diiringi tetamu kenamaan.

Turut hadir, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Berita Harian X