Jumaat, 6 Ogos 2021 | 6:45pm

#LoveYouMore cara terindah lakar kebahagiaan wanita

BERGELAR seorang wanita bukanlah perkara yang mudah terutama pada zaman ini kerana ia lebih mencabar seiring dengan perubahan zaman.

Ramai wanita mempunyai kerjaya dalam bidang sendiri, namun terpaksa menjalankan tanggungjawab berbakti kepada keluarga dan juga kerjaya.

Walaupun tampak lemah, mereka sebenarnya seorang yang kuat dan tetap terus semangat mengharungi liku kehidupan.

Tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh wanita yang telah berumah tangga, tetapi turut menjadi sebahagian tanggungjawab bagi mereka yang belum berkahwin.

Begitulah hebatnya seorang wanita kerana mampu menggalas pelbagai tanggungjawab dan pastinya lebih sukar buat mereka yang bergelar ibu.

Bayangkan bagaimana mereka melalui saat kesukaran sepanjang tempoh kehamilan sehinggakan ada yang terpaksa berdepan dengan alahan teruk dan keletihan disebabkan perubahan hormon.

Tanpa menghiraukan kepenatan berjaga tengah malam dan keperitan dihadapi, seorang ibu tetap utuh berdiri menjalankan tugasnya dalam memastikan anaknya membesar dengan sempurna.

Betapa hebatnya pengorbanan dan jasa seorang insan bergelar wanita kerana dalam keletihan, mereka tetap terus memberi terbaik buat anak dan keluarga.

Hargai pengorbanan wanita

Image

Sebagai tanda menghargai pengorbanan wanita, Proviton Multivitamins ingin memberikan pelbagai hadiah menarik di dalam peraduan #LoveYouMore.

Jika anda seorang wanita hebat, jangan lupa kongsikan pengalaman anda serta cabaran dihadapi untuk memberi inspirasi dan semangat kepada wanita lain.

Anda hanya perlu terangkan makna #LoveYouMore menerusi ruangan hantaran di sini dan perkongsian yang menarik berpeluang memenangi hadiah hebat seperti berikut.

Tempat Pertama
-Hamper Proviton Multivitamins bernilai RM500
-Wang tunai bernilai RM1,000

Tempat Kedua
-Hamper Proviton Multivitamins bernilai RM500
-Wang tunai bernilai RM500

Tempat Ketiga
-Hamper Proviton Multivitamins bernilai RM500
-Wang tunai bernilai RM200

Hadiah Saguhati x 5
-Hamper Proviton Multivitamins bernilai RM500

Peraduan ini akan berlangsung dari 6 Ogos 2021 sehingga 2 September 2021 dan seramai lapan pemenang akan dipilih mengikut syarat dan terma yang tertakluk disini.

Pentingnya kesihatan dalaman

Image

Oleh itu, bagi mengekalkan kecergasan dan bertenaga sepanjang masa, wanita haruslah mencuba produk suplemen daripada Proviton Multivitamins.

Produk ini direka khas untuk wanita bagi memastikan keperluan dalaman badan cukup serta terbaik untuk kesihatan tubuh.

Bukan itu sahaja, produk ini sangat bagus diamalkan kerana mengandungi Panax Ginseng yang sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dalam memberikan tenaga serta meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Tubuh yang sihat sekali gus akan memberi tenaga dan mood yang baik buat ibu berdepan dengan pelbagai cabaran menguruskan keluarga dan kerjaya.

Pencarian bakat penyanyi inspirasi dalam Shila Amzah Masterclass

Dibawakan khas oleh Provition Multivitamis, sebuah rancangan baharu, 'Shila Amzah Masterclass' akan menemui penonton pada 27 November 2021 di saluran 8TV.

Program ini adalah rancangan pertama di Malaysia menampilkan Shila Amzah serta beberapa barisan ahli muzik ternama berkongsi tips dalam bidang industri muzik.

Peserta yang paling berpontensi akan berpeluang merakam lagu bersama Shila Amzah sendiri.

Peraduan #LoveYouMore untuk wanita hebat di luar sana!

Akhir sekali, perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap wanita adalah 'Self-Love' kerana ianya kunci utama sebuah kebahagiaan dan bukan sikap pentingkan diri.

Jangan lupa sertai peraduan #LoveYouMore dan berpeluang memenangi hadiah hebat dan produk Proviton Multivitamins yang semestinya akan memberi anda tenaga sepanjang hari!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://guardian.com.my/index.php/pbrand/proviton.html.

Berita Harian X