Ahad, 28 Julai 2019 | 10:40am
Pengurus Kedai Kopi Haji Zul, Tengku Anas Tengku Roslan menunjukkan sup tulang yang terdapat di Kedai Kopi Haji Zul, Taman Melawati. - NSTP/Salhani Ibrahim

Nasi Ngide sajian di kedai Kopi Haji Zul

Berkat asuhan datuk mereka, Zulkifli Yusof, dalam bidang perniagaan kedai makan, saudara sepupu daripada tiga keluarga, berpakat membuka Kedai Kopi Haji Zul, di Taman Melawati.

Kedai yang terletak di hujung lot rumah kedai di Lorong Selangor itu menghidangkan makanan utama kegemaran masyarakat di Kelantan.

Dibuka sejak setahun lalu, kini menjadi tarikan baharu penduduk sekitar menjamu selera sama ada untuk bersarapan, makan tengah hari atau malam.


Sebuah pondok kecil turut ditemui ketika operasi khas ‘Op Khazanah’ di kawasan Hutan Simpan Sungai Sugut di Pulau Jambongan. - NSTP/Ihsan PGA

Hidangan utama yang menjadi tumpuan adalah sup tulang gear box yang ditabur cili padi racik dan sup daging yang enak dihirup panas-panas bersama cili kicap pedas.

Salah seorang pemilik dan Pengurus Kedai Kopi Haji Zul, Tengku Anas Tengku Roslan, berkata setiap hari restoran berkenaan memasak sup tulang gear box dalam periuk besar berukuran diameter 70 sentimeter.


PENGASAS Bersama dan Presiden Stripe, John Collison bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming pada pelancaran operasi Stripe di Malaysia.

“Semua makanan yang disediakan di sini adalah hasil daripada resipi kami berdasarkan lidah atau citarasa orang Kelantan.

“Malah masakan juga disediakan adik dan sepupu saya sendiri bagi mengekalkan kualiti rasanya kerana kami sedar pelanggan hari ini lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti atau harga,” katanya.

Selain sup, pengunjung juga boleh menikmati aneka jenis nasi yang gemar dimakan masyarakat di pantai Timur khususnya di sebelah pagi sehingga malam.


Nasi kukus Tilapia di Kedai Kopi Haji Zul, Taman Melawati. - NSTP/Salhani Ibrahim

Nasi ngide atau mengidam juga dikenali sebagai nasi ayam goreng cincang atau Kak Wok dimakan bersama gulai kawah.

Pelanggan juga boleh memilih nasi kukus ayam atau nasi kukus tilapia yang disirami dua kuah, kari dan kerutub bagi menghasilkan gabungan rasa manis dan pedas.

Setiap pinggan nasi dihidangkan bersama ulam seperti timun dan sambal belacan.

Penggemar nasi kerabu pasti tidak kecewa dengan nasi berwarna biru yang lembap dan dijamah ketika masih panas bersama daging bakar lembut, telur asin dan bahan seperti kelapa goreng.

“Minuman paling diminati di sini yang perlu dicuba adalah Teh beng madu lebah dan teh beng madu lebah dengan mutiara (pearl).


Teh Beng Madu di Kedai Kopi Haji Zul, Taman Melawati. - NSTP/Salhani Ibrahim

“Teh dibancuh susu cair dan madu ditarik sehingga menghasilkan buih yang melimpah ruah di hidang di dalam gelas besar beralaskan piring kopitiam,” katanya.

Info

Kedai Kopi Hali Zul

*Waktu operasi:

- 9 pagi sehingga 8.30 malam

* Harga:

1. Aneka nasi : RM6.50 sehingga RM9

(set tambah RM2, nasi putih dan telur dadar)

2. Sup gear box : RM20 sehingga RM25

(set tambah RM2, nasi putih dan telur dadar)

Minuman:

- Teh beng madu: RM5.50

- Teh beng madu pearl :RM7

3. Sup daging: RM10.00

Berita Harian X