Rabu, 8 Ogos 2018 | 6:19pm
ISMAN (kiri) bersama antara hidangan yang ada di Selera Sri Tongkang. - Foto Aziah Azmee
DISEDIAKAN dalam tempoh dua minit, guna pelbagai rempah ratus - Foto Aziah Azmee

Aneka sajian sup

SUP gearbox sering kali dikatakan makan yang tinggi kandungan kolesterol, apatah lagi makan ini cukup ditakuti mereka yang ada tekanan darah tinggi.

Apa sahaja makanan jika disediakan dengan kaedah dan sukatan yang betul serta tidak dimakan berlebihan, pasti individu dapat menikmati hidangan tanpa sebarang masalah.

Bagi individu yang ‘gilakan’ sajian itu, gearbox kaki kambing yang diusahakan restoran Selera Sri Tongkang, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Elmina Selatan, kira-kira 1 kilometer dari Denai Alam, Shah Alam, Selangor, pasti memuaskan hati.

Pelbagai menu sup

Menariknya, aneka masakan berasaskan sup dengan campuran rempah ratus terpilih dihidangkan oleh pemilik restoran itu, Mazlan Ahmad.

Selain sup gearbox kaki kambing, menu lain termasuk sup kambing, tulang, ayam, kaki ayam, urat, sup bebola daging, mi sup, bihun sup, soto nasi impit, lontong, mi kari, mi jawa, laksa dan aneka sizzling.

“Saya bermula dengan menjual soto nasi impit, sejak 13 tahun lalu. Selepas berbincang dengan rakan kongsi, Isman Hijjaz, kami sediakan makanan berasaskan soto yang saji bersama sup.

“Kemudian, kami sediakan menu berasaskan sup kambing. Ada yang malu untuk menghabiskan semangkuk sup gearbox kaki lembu. Saya terfikir sediakan sup gearbox kambing dengan saiz kecil dan eksklusif untuk pelanggan,” katanya.


SUP bebola daging di Selera Sri Tongkang. - Foto Aziah Azmee

SOTO nasi impit di Selera Sri Tongkang. - Foto Aziah Azmee

Pelbagai rempah ratus

Setiap hidangan sup dimasak menggunakan pes dari resipi buatan sendiri.

Mengekalkan rasa keasliannya, beliau gabungkan rempah ratus diadun sebati dan dimasak selama lapan jam.

“Jika pelanggan memesan menu ini, kita ambil masa dua minit saja menyediakan dengan mencampurkan bahan utama seperti kambing, ayam atau lain-lain.

“Pelbagai rempah ratus dicampurkan menjadi pes sangat baik untuk membantu mengubati penyakit seperti demam dan selsema,” katanya.

Ramai pelanggan mahu menikmati sup kambing sebagai hidangan membuka selera dan mengeluarkan peluh,” katanya sup yang dimasak tidak mengandungi minyak.


ISMAN (kiri) bersama staf menyediakan makanan di Selera Sri Tongkang, Shah Alam. - Foto Aziah Azmee

Info

  • Terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Elmina Selatan
  • 1 kilometer dari Denai Alam, Shah Alam.
  • 200 mangkuk sup dijual sehari.
  • Dibuka jam 6.30 pagi - 11 malam setiap hari.
  • Jual pes sup (RM19 untuk 500 gram).
Berita Harian X