Ahad, 8 Julai 2018 | 5:45pm
AKOB Patin House 2, Kuantan Pahang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
AKOB Patin House 2, Kuantan Pahang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
AKOB Patin House 2, Kuantan Pahang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
AKOB Patin House 2, Kuantan Pahang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
AKOB Patin House 2, Kuantan Pahang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
AKOB Patin House 2, Kuantan Pahang. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
YANTI Yaakob. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
YANTI Yaakob. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Rasa tulen ikan patin

APABILA anda berjalan sekitar Lembah Klang, pasti dapat melihat papan iklan mempromosikan restoran menggunakan ayat lebih kurang begini - 'Ikan Patin Asli Pahang', 'Patin Original Temerloh' dan 'Patin Buah Pahang', sekali gus memaklumkan kepada pelanggan, premis makanan mereka menyediakan juadah asli tradisional Pahang iaitu gulai tempoyak ikan patin yang begitu popular dan digemari ramai.

Namun, jangan mudah terpedaya dengan promosi berkenaan kerana ramai penggemar spesies eksotik ikan sungai itu sudah 'terkena', gulai tempoyak patin asli yang dicanang tulen dan mampu membuka selera, rupa-rupanya menampilkan rasa 'ke laut'. Maaf cakaplah, tak sedap... Pelanggan pasti kecewa dan berharap wang mereka dikembalikan.

Selepas beberapa kali dikecewakan, akhirnya penulis menemui sebuah restoran yang benar-benar menyajikan gulai tempoyak patin dengan rasa asli dan dijamin tulen, pastinya menampilkan keenakan yang kita harapkan.

Rasa gulai asli

Justeru, Akob Patin House 2 yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang menjanjikan keenakan asli gulai tempoyak patin. Kuahnya pekat bersama isi ikan yang pejal mampu membuatkan anda terkenang keenakannya walaupun sudah kembali ke Kuala Lumpur.

Pengusaha dan pemiliknya, Yanti Yaakob, 43, berkata keistimewaan patin buah adalah isi atau rasa ikan berkenaan.

Patin buah lebih pejal dan tidak mudah hancur apabila dimasak, selain mempunyai lemak yang sedap dimakan terutama di bahagian kepala ikan berkenaan.

"Berbanding patin biasa, selepas beberapa jam dimasak, isinya lembik dan akhirnya hancur. Gulai tempoyak pula, kami hanya menggunakan tempoyak dan cili api yang tulen saja.

Buka dua cawangan

Itu resipi turun-temurun arwah ayah, Yaakob Ismail dan emak, Rohani Pilus yang mula-mula mempelopori perniagaan gulai tempoyak patin di Kuantan," akui Yanti atau mesra disapa Kak Ngah saja.

Yanti mengusahakan perniagaan makanan yang dibantu suaminya, Mohd Nasrul Hisham Mohd Nawi, 45.

Akob Patin House 2 mempunyai dua cawangan lain iaitu Akob Patin House 1 dan Akob Patin House 3 yang terletak di sekitar pusat bandar Kuantan.

Menu lain wajib cuba di restoran ini termasuklah patin goreng dan ikan kerai goreng, gerenti puas hati.

FAKTA NOMBOR

-----------------------

* Bermula RM25

harga seketul patin buah

* Bermula RM120

harga seekor ikan kerai goreng

INFO

-------

Akob Patin House 2

* Terletak di Bandar Indera Mahkota 8, Jalan Sungai Lembing, Kuantan (berdekatan Masjid Tengku Ampuan Afzan)

* Sebarang tempahan, hubungi: 019 947 0989 (Yanti)

Berita Harian X