Ahad, 20 Mei 2018 | 10:44am
ANTARA menu berbuka puasa yang terdapat di restoran WOW KL! - Foto Aswadi Alias
ANTARA menu berbuka puasa yang terdapat di restoran WOW KL! - Foto Aswadi Alias
KU Jamaluddin (kanan) mempromosikan kari kepala ikan resipi istimewanya. - Foto Aswadi Alias
KU Jamaluddin (kanan) mempromosikan kari kepala ikan resipi istimewanya. - Foto Aswadi Alias
PENGUNJUNG menepung tawar pengantin Melayu. - Foto Aswadi Alias
PENGUNJUNG menepung tawar pengantin Melayu. - Foto Aswadi Alias

Buka puasa disulami nostalgia desa

RASAI pengalaman berbuka puasa bersama pengunjung dari serata dunia sambil menikmati persembahan kebudayaan bertemakan 'Nostalgia Raya' di restoran WOW KL!, lokasi di Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, sepanjang Ramadan ini.

Fungsi MaTiC mengurus, melaksanakan program kebudayaan, pameran, taklimat serta demonstrasi bertujuan menarik pengunjung dari dalam dan luar negara, dilihat tambah dengan pelbagai aktiviti.

Sempena Ramadan, restoran ini menyediakan lebih 100 juadah berbuka puasa di WOW KL! dilihat mampu menarik perhatian pelancong.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pulang ke rumah, warga kota boleh singgah berbuka di sini, selain berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa dan budaya, bermula jam 8.30 malam selama sejam.

Tetamu pasti teruja menyaksikan pasangan pengantin Melayu bersanding atas pelamin dan pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman menepung tawar dan merenjis.

Bufet bertemakan Nostalgia Ramadan menyajikan hidangan atau menu tradisional bagi mengimbau kenangan berbuka puasa dalam suasana di kampung halaman.

Menu seperti paha lembu panggang dinikmati bersama sos tradisional seperti air asam bersantan dan cencaluk pasti membuka selera.

Pelbagai menu istimewa

SOTONG bakar sambal petai. - Foto Aswadi Alias
SOTONG bakar sambal petai. - Foto Aswadi Alias

Eksekutif sous cef, Ku Jamaluddin Zakaria, berkata antara menu istimewa lain ialah ayam tempayan, udang lemak cili padi dan sotong bakar sambal petai, terasa seolah-olah berbuka puasa bersama keluarga di desa.

"Mereka yang menggemari masakan Asia Barat, disajikan nasi mandy kambing dan ayam kabsa, selain beriani gam ayam serta nasi kerabu WOW KL!," katanya.

Pengarah MaTiC, Zain Azrai Rashid mengakui, tetamu yang berkunjung bukan saja terdiri daripada warga kota, sebaliknya pelancong asing yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa bersama masyarakat tempatan.

"Sambil menikmati juadah yang mengimbau nostalgia, tetamu pasti terhibur dengan persembahan kebudayaan. Kemudahan surau turut disediakan di perkarangan WOW KL! untuk keselesaan pengunjung," kata.

INFO

* Terletak di No 139, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (dulu dikenali Saloma Bistro & Theatre)

* Hubungi 03 2161 0122 atau e-mel: book@wowkl.my untuk membuat tempahan

Berita Harian X